..bukan mudah untuk tampil tersenyum indah, seceria mungkin jika hati gundah gelana....umpama satu bebanan untuk berlagak seperti biasa..dengan niat tidak mahu melibatkan orang lain dalam permasalahan....hati penuh walang, penuh kerisauan...titis airmata jatuh andai tiada sesiapa memandang....
..beban hati hanya Allah yang tahu...ingin diluah, namun pada siapa? pada Tuhan sudah semestinya, tetapi fitrah manusia, perlukan seseorang yang bernama manusia juga untuk meminjamkan telinga, menadahkan bahu, untuk mendengar....andai sudah terluah, ringan sikit rasa bahu mengandar masalah.....bukan tiada teman, tapi tidak mahu pandangan simpati itu, tidak mahu di"judge"..rasa malu membuak2 umpama membuka kain sendiri...
....haruskah aku pasrah sahaja?
No comments:
Post a Comment