Thursday, December 23, 2010

Reminder untuk Aku

...mood aku sekarang sangat buruk especially bila dengan en omar...mood yang kalau aku sendiri rasa nak lempang!...nasib baik en omar dkurniakan sifat penyabar tahap excellent jugaklah so boleh berdepan dengan wife yang kadang2( yeke?) memang rasa nak post jauh2 ke pulau jerjak...hahahaha....

...sendiri mau ingatlah izah...syurga isteri tu di telapak kaki suami...dunia ni sementara jer..reminder untuk diri sendiri ni yerk....

Friday, December 17, 2010

Misi Mesti Mahu:)

...misi 2011 adalah untuk menyihatkan benih dan badan untuk projek mega permata hati..ewah..ganas tak bunyik...macam apa jer..langkah-langkah awal sudah di ambil..antaranya...pengambilan jamu( aku guna kapsul Mak Dara jer utk senang), pengambilan asid folik(atas nasihat dokter), pati haruan( 3-4 botol seminggu untuk tenaga..walaupun rasanya adalah TIDAK sedap, kugagahi jua),minuman jus Monavie( ni husband aku jadi agen), dan untuk Hubby..amik zink utk sihatkan anak2 benihnyer( isk) vitamin B complex untuk tenaga..selain tu hubby adalah peminum Monavie( sebab dia jual, dia kena minum ar).....dan jeng2 untuk pertama kalinya aku nak cuba Premium Beautiful sebab tengok orang pakai cam best jer...selain untuk badan yang sihat( betulkan struktur badan dan rahim), untuk kurus( ehem..ehem) dan insyaallah..salah satu usaha untuk dapatkan baby....

Monday, December 13, 2010

Kehilangan...

..kehilangan buat kali ke-2..kehilangan permata hati yang dinanti sekian lama sejak diijabkabulkan 4 tahun lalu..masa ujian itu positif,adalah ulangtahun perkahwinan yang ke-4 kami, tragis...aku keguguran tanggal 1/12/2010....masih dalam pantang yang yok 2 minggu...status sekarang..hati telah patah...my heart was broken...

..namun aku hanya manusia lemah, tiada kuasa untuk menghalang sesuatu yang telah ditakdirkan...setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..kata2 ini ku pegang untuk mengubat hati luka...

..sabtu baru ni telah ke klinik untuk memastikan segala darah telah keluar habis..sebab aku tidak menjalani proses D&C...alhamdulillah, rahim telah bersih...

..kena memastikan benih kami sihat sejahtera untuk conceive lagi...supplement telah dimulakan..harapanku agar impian kami akan termakbul selepas ni..InsyaAllah....

Wednesday, October 20, 2010

Pengajaran Alam



The lesson of the porcupine

It was the coldest winter ever - many animals died because of the cold. The porcupines, realizing the situation, decided to group together. This way they covered and protected themselves; but the quills of each one wounded their closest companions even though they gave off heat to each other. After awhile they decided to distance themselves one from the other and they began to die, alone and frozen.So they had to make a choice: either accept the quills of their companions or disappear from the Earth. Wisely, they decided to go back to being together. This way they learned to live with the little wounds that were caused by the close relationship with their companion, but the most important part of it, was the heat that came from the others. This way they were able to survive.



Moral of the story:

The best relationship is not the one that brings together perfect people, but the best is when each individual learns to live with the imperfections of others and can admire the other person's good qualities...


..ni aku quote dari email boss aku fwd...bila difikirkan meman betullah la kan...Allah jadikan sekalian alam ni untuk peringatan dan pengajaran kepada manusia...fikir2kan & selamat beramal...

Tuesday, October 19, 2010

New Addictions...Sungkyunkwan Scandal:P




..ini cerita korea terbaru yang tengah ditayangkan di channel 391:KBS Isnin-Selasa, 9-10pm sekarang ni.....memang sangat best..sampai aku tak sabar2 nak tengok episod seterusnya lalu terus online carik lagi and lagi....DVD memang takde lagi sebab kat Korea pun still main kat tivi...apa nak jadikla aku ni...memang takleh stop tengok cerita korea..pas satu,satu..tabiat zaman moda2 yang takleh nak tinggal lagi..sib baik husband aku dah faham or malas nak cakap apa dah bila isteri ralit dok depan tivi or laptop tu tengok drama korea....sabo jerla agaknya...

..kisah ni zaman dolu2..era 1720 an gitu bila Seoul dipanggil Joseon lagi...gambar cerita ni cantik walaupun kisah zaman dulu, wardrobe yang dipilih menarik dengan latar belakang dan kualiti gambar yang sangat bagus...sangat seronok ditengok...selain dari para pelakon yang ensem(penting!) dan cantik..huhuhu...paling best, kesinambungan(ewah) cerita ni sangat mantap...jalan cerita yang tak mendatar so takde masa nak boring langsung.semuanya buat kita nak tengok, lagi dan lagi...hero and heroin lak giler tera buat ekspresi...tersentuh hati beb....

..kisahnya mengenai satu masa dulu di korea, wanita kebanyakan tak boleh belajar langsung yakni menulis,membaca etc. kaum lelaki jer boleh..Sungkyunkwan ni sebuah universiti..yang kalau tak salah aku still ada lagi di korea sampai sekarang...so alkisah, heroin cerita ni, dia ni pandai membaca and menulis sebab ayah dia seorang cikgu..so masa kecik, dia dah curik2 belajar masa ayah dia ajar adik lelaki dia...bila dah besar, ayah dia pun dah tiada lagi, adik lelaki dia sakit, so dia terpaksa ambik upah menyalin transkrip, buat esei, terjemahan etc untuk sara keluarga dan beli ubat adik dia...tapi untuk tujuan tu, dia terpaksa menyamar lelaki,sebab perempuan tak boleh buat semua tu..

..nak masuk uni Sungkyunkwan ni memang tough giler ar..ada ujian semua..dipendekkan cerita, si heroin ni( Yoon Shik), ambik upah jadi proxy untuk tolong ambik test untuk mereka yang tak layak tapi nak jugak masuk sekolah tu...kat sinilah dia jumpa dengan hero no.1, Soon Jin...seorang yang sangat skema, berprinsip dan anak PM..dia boleh jer masuk uni tu tanpa test tapi sebab dia ikut peraturan punya orang, dia ikut semua step yang perlu...bermula kisah mereka yang mana akhirnya si Yoon Shik ter admitted lak masuk uni tu tanpa rela pada mulanya dengan terus menyamar sebagai seorang lelaki yang mempunyai pretty-face...kat sekolah tu startla bermacam dugaan di mana dia seorang perempuan kena kongsi bilik dorm dengan hero no.1 dan hero no.2(Geon-Dul)..hahaha....kisah ni meliputi suka duga seorang boy-girl di kolej, kisah politik dan perbezaan taraf hidup masyarakat, kisah misteri kematian ayah Yoon Shik dan abang Geon Dul, kisah Red-Messenger( cam Robin-Hood) kisah persahabatan dan yang paling menyentuh perasaan kisah percintaan watak2 dalam cerita ni...semuanya digarap denga begitu baik sekali.....

..inilah sebab aku suka tengok cerita korea...dia punya feeling tu terasa menyentuh hati..kalau sedih tu kita dapat rasa hati kita sedih sekali, kalau gembira, kita pun boleh rasa gembira di hati...benda2 ni jarang sangat aku rasa bila tonton cerita lain..

Wednesday, October 13, 2010

Alahai..Chinta

..selalu petang2 balik kerja..layan tivi dulu la kan sebelom pi buat kerja umah..kat tivitiga tu sekarang ada citer Chinta yang Cik Fasha berlakon tu kan...tak tengok sangat citer ni..kadang2 jer layan kalau dah takde arah sangat(read:takde cerita lain), kalau layan pun dalam 15 minit gitu..semalam tengok babak di mana dia tengah bertengkar dengan pakwe lama dia tu..lupa lak nama jutawan belacan tu ha...tapi yang penting..si pakwe lama yang jahat ni buat ayat ajak kawin kononnya tak nak bergelumang dengan dosa zina...maka jawab si Chinta tu.."aku rela mati masuk neraka dari kawin dengan kau" wah, terus rasa something wrong dengan dialog tu...betullah dialog tu nak tunjuk betapa nyer dia bencikan pakwe jahat dia tu...tapi tak betullah penggunaan perkataan neraka di situ..siapalah tukang buat dialog tu..sila prihatin sikit la..takkan nak direct translation apa mat saleh selalu cakap dalam citer diaorang..ni yang selalu bosan tengok cite melayu ni la...nama je cite melayu...

Tuesday, September 21, 2010

Sarangnae:)



erm...hampir 2 bulan tak menulis...setiap kali tengok blog nak update, tapi tak ter update2...kesihatan kaki yang kureng memuaskan..bila kaki ni nampak ok sikit, mood jadi agak ok dan terus nak update..boleh camtu? hehehe...

he is beautiful..cerita korea terbaru dibeli sebelom raya...tersangatla best bagi aku..rasa jatuh cinta sekali lagi..hahaha..rasa macam budak remaja semula siap beli OST original gitu...lagu2 citer ni best..walaupun eden tak faham..melodinye perghh..best di halwa telinga den...

..heronya sangat ensem+pandai nyanyi sore best...mula2 tengok kat cover DVD nampak cam apehal muka hero cam cik pon ni..alih2 buka tengok DVD..macho gakla..isk..isk..saperla yang buat cover menkonfiuskan itu...

...sinopsis cerita yang ringkas...kisah heroin ni( Go Mi Nyu)..sorang rahib pelatih..dia ni,ada kembar seiras lelaki, GO Mi Nam..kembar ni dapat masuk group K-Pop(korea pop musik)paling fofular kat korea masa tu jadik ahli no-4...dan2 sebelum masuk group tu dia ni pi buat bedah kelopak mata(tk kasik sepet), pastu pembedahan tk berjaya..nak kena p US repair semula...so dia punya manager carikla si adik kembar dia ni soh menyamar jadik kembar lelaki dia ni utk sebulan ajer...so kisah bermula la bila kembar perempuan menyamar lelaki...dan ketua kumpulan tu( Tae Kyung) dapat tau dan start la kisah nak cover2, jatuh cinta, cinta 3 segi, 4 segi, kisah nak carik mak, kisah keluarga..macam2 lagi...aku bagi 5 bintang full utk cerita ni...

Tuesday, July 27, 2010

Nothing is Perfect

...kahwin?perkahwinan?nikah?..satu benda penting dalam hidup manusia..terutamanya bagi umat Islam..ikatan suci dua individu membina kehidupan bersama...adakah ianya semudah itu? semudah membina hidup bersama-sama..macam mari- kita- makan+tidur- sama2-nak?..hakikatnya tidak,sudah pasti..

..kahwin menuntut pengorbanan dua2 pihak untuk menjayakan keluarga tersebut..kadang2 pengorbanan yang diperlukan bukan sedikit..banyak..teramat banyak,dan dugaan perkahwinan akan datang silih berganti hingga ke akhirnya...so, macam mana kita tau kita ni bersedia nak kawin or tak? memang secara biasanya, kita akan rasa tak bersedia, bagi akula, tak siapa yang rasa bersedia nak kawin ni..just, bila jodoh tu tiba..automatik kita akan rasa nak hidup bersama si dia for the rest of our life..bersedia ke masa tu? still tak bersedia jugak...its like a gamble kata orang, tapi jika kita guna pendekatan yang baik, mengikut aturan agama, insyaallah jodoh kita tu yang terbaik buat kita...terbaik tak bermakna bagus sempurna serba serbi, tapi secocok dan terbaik untuk hidup dengan kita yang serba serba tak sempurna juga ni...

..bila kita lihat kehancuran rumahtangga, kepincangan..mesti kita rasa takut nak kawin..tapi sebanyak mana pun rumahtangga yang roboh di tengah jalan, semakin banyak bahtera rumahtangga dibina saban hari...so apa yang speselnya? well, bagi diri aku yang hampir 4 tahun berkahwin ni..its worth it...bila mana kau ada seseorang yang boleh diharapkan bila-bila masa sahaja..yang boleh dikongsi susah senang, segala masalah..yang ko takleh nak cerita kat famili or kawan2...yang jadi kawan baik ko, macam..boleh mintak tolong sapukan minyak kat kaki sebab sakit tengah-tengah malam buta, boleh minta belikan something on the way dia balik kerja walau benda tu sangat merepek, yang boleh ajak makan pukul 2 pagi sebab tiba-tiba lapar tak ingat, yang boleh tolong buatkan kerja rumah sebab ko pemalas(heheh), yang boleh layan ko nyanyi sumbang tak hengat dalam kete,yang boleh sabar tengok perangai ko yang kadang-kadang meroyan tak tentu pasal sebab benda-benda kecik, yang boleh tolong bawakan barang masa shopping, yang boleh tolong basuhkan barang2 berminyak lepas baking, yang boleh tengok muka busuk ko masa bangun pagi dan still cakap sayang kat ko, yang boleh tolong compromise bila ko nak tengok citer korea walhal member sedang layan bola, yang boleh makan apa saja yang ko masak...dan banyak lagi benda2 remeh temeh yang sebenarnya asam garam perkahwinan itu sendiri..

..perkahwinan itu membahagiakan jika mana kita tidak begitu meletakkan harapan sempurna...give and take adalah kunci untuk merasa redho seadanya..:)

Monday, July 19, 2010

Bestnya Banyak Duit...

..bekerja di finance department menjadikan aku selalu nampak duit banyak..duit company lah tapinya..duit masuk ari2 kadang sampai jutaan ringgit..duit duit duit..

..selain itu, nampak juga jumlah gaji orang lain yang ..amboiii banyaknya..ada yang mencecah hampir RM30k per month..seronok kah? mesti seronok kan di mata kasar aku ni..terus nanti kalau ada anak nak suruh anak ambil engineering and then marketing sekalik..sebab yang gaji gembak2 ni mereka2 inilah...kalau yang marketing tu, semua tanggung!..gaji tu kira bersih dah..kereta, rumah, petrol, telefon etc..semua company bayar..ish..ish..

..memang duit penting dalam dunia ni..teramat penting...tapi jangan sampai jadi hamba duit sudahlah..duit hanya berguna selagi kita hidup jer, dah mati..tak guna dah walau satu sen pun..masa tulah dok teringat masa hayat ada tak aku derma barang sesen dua dengan seikhlas mungkin tanpa ada rasa riak langsung dalam hati?

..bila hidup dengan manusia ni(macam sebelum ni hidup dgn ayam), baru kita tahu kesan duit ni...ke atas diri sendiri&sekeliling...sebab duit macam2 jenayah berlaku, macam2 tipu helah berlaku, macam2 jenis orang kita dapat tengok...kawan makan kawan, talam lapan belas muka, tikam-menikam, putar belit, rasuah etc..memang takkan abis masalah yang ditimbulkan dek duit nih...

..sepenting mana pun duit itu, jangan jadikannya ianya matlamat hakiki..kerana hidup kita ni bukannya kat sini jer..( ingatan tulus ikhlas terutamanya untuk aku sendiri)

Wednesday, July 14, 2010

Cuti-Cuti Malaysia Sabah

...last week berpeluang melawat ke negeri di bawah bayu, Sabah...first time untuk kami berdua..and first time juga untuk en omar naik belon..hahaha..sedikit jakun di situ...sebenarnya percutian ni sempena birthday en omar aritu..so kira ni hadiah birthday la...walaupun aku join sekali..bagus tak? bagai mencampak batu ke 2 ekor burung( hahaha kedengaran menyampah bila peribahasa mat saleh dimelayukan)

..percutian ini kira kategori bajet..biasalah, kitaorang bukan orang berada-berada, rakyat marhain kategori sederhana paling bawah dalam piramid..hahahaha...so percutian dalam malaysia naik belon dah cukup bagus dah bagi kami ni...so booking flight AA awal dalam bulan May, dalam lah all in RM326 untuk 2 orang pergi-balik...kira murah ar tu aku rasa...tapi kurang seronok sedikit kerana kakiku bengkak kena jangkitan kuman syaitonnn..tapi sebab dah booking semua..terpaksala gi jugak..

..kami ke kl dengan menaiki kereta kelisa-turbo( up sikit) milik kami selasa malam selepas isya'..so kami sampai kl dalam pukul 1 lebih pagi gitu..apa kita nak buat ni?..so try2 tidur(dalam kete kat petronas) tak leh tido, kami pun meneruskan agenda cari mamak nak tengok bola..dapat idea nak tengok bola kat putrajaya..setelah bagai nak rak carik kedai mamak..sambil round2 tengok bandar putrajaya di pagi2 buta..akhirnya jumpa mamak...wahhh happening gile...siap ada usherer lagi tunjuk meja nak duduk, kami sampai agak awal, so dapat port best..masa ni Belanda lwn Uruguay..aku sokong Uruguay,...sebab tak minat Belanda:)


..pehtu, rasa cam malas dah nak tengok 2nd half sebab en omar sudah mengantuk..jom ar pi lcct terus...tidur kat sana jer kata en omar..terus gerak...carik parking & en omar dengan rasa ada-aku-kisah terus nak tidur dalam kereta...siap ada pak guard/polis bantuan kot ketuk2 cermin kete ...tanya 'dah kawin?'..kat kami..selamba jer kitaorang jawab "dah"...abis cerita..terus en omar tidur..aku lak kebosanan malas nak tidur &tak ngantuk..maybe sebab aku dah membuta dari kontan sampai kl..hehehe...

..pendekkan cerita..siap2 mandi solat seme..masa tunggu flight..punyala lama tunggu sebab kul 10.30 nyer flight...sampai sabah kul 1pm..tunggu kereta sewa sampai dalam setengah jam..kami sewa kereta myvi untuk RM160 sampai jumaat kul 11 pagi...so dengan confident tak ingat&berbekalkan peta beli kat kedai buku dan rupanya tidaklah membantu sangat pon..kami bertolak dari airport ke hotel...pusing2 roundabout( yang maha banyak kat KK)..tak jumpa pon...tanya org,..barula tau peta kami peta yang agak lama..so tak update kawasan baru yang ada hotel tune itu..ok, so sampai hotel..kami check in di budget hotel..tune hotel dengan harga RM148 untuk 2 malam( inc TV&aircond)..alat2 mandi& tuala sendiri punya..

..rehat2 dan keluar semula untuk round2 kawasan sekitar..kami pergi ke tasik tanjung likas...cantik jugakla..bersih..untuk makan tengahari+petang sekali..(sebab dah kul 4 lebey)..makanan yang 1st time tengok&makan, nasi lalap, cam nasik planta+ayam goreng+smabal..org2 kat sini memang makan nasik ngan sup...so adik tu say sorry sebab takde sup..padahal apahal lah sangat sup tu kan...

pastu pi klinik..ha pi klinik? yer kaki semalin memerah dan membengkak..guane nak naik gunung kinabalu sok ni(kunun!)..so carik klinik, pusing2 punya pusing..dpt pulak time balik kerja(hari rabu ni)..so agak lambat la pergerakan kereta..akhirnya jumpa la klinik di inanam...takde lak ING...so terbang ar duit lagi..isk..isk...

..malam lak..kami pergi ke jefferson..jeti tepi laut nih..wah sangat romantika di amour suasananya..makan tepi jeti..dengan angin laut..minum pulak air tembikai gelas besar straw 2..heaven!..kah kah kah....makan wantan mee seafood..menu ni tiada di kedai makan biasa di kuantan..tapi ini menu biasa di sabah...sedap wehh....

...pastu balik hotel..siap sedia untuk tgk german main semi final pagi nanti..hehehe..tilam amat empuk kata en omar tapi sayang bendera jepon lak berkibar..oppss...waka waka..eh eh...esok pagi, aku sempat bukak sikit je mata nampak klose pastu tak sempat tengok apa dah..terus lelap sampai pagi..lupa nak set jam awal ikut waktu subuh sabah..so tetap en omar subuh 6 lebey macam kat semenanjung..padahal matahari terang benderang dah kat luar..isk..isk..bangun tido sangat frust sebab germany kalah...waaa..tak nak dah tengok WC( ada mereka kisah?)..ehhehe..


...siap sedia untuk memulakan hari kedua di sabah dengan kaki bengkak..tapi gagahi jua..setart dengan makan pagi di warung tepi jalan sebelum sampai kundasang, makan soto konon( sebab macam meehoon sup jer)...pastu lalu kundasang..sejuk tempat ni..tapi tak singgah..tengok banyak sayur mayur dijual..sangat segar, murah&banyak...tapi tak beli..nak buat per...so sampai la ke ranau..taman kinabalu di kaki gunug kinabalu...so naik la bukit ala2 nak naik cameron..udara sangat segar, best, fresh..macam dalam aircond semulajadi..sangat best...rasa tak nak balik..ambik2 gambar di pondok meninjau..di disini jugakla tempat org nak start daki...ramai gakla pendaki...next time aku rasa nak try la..macam best jerr...

...so taman kinabalu adalah sangat santek di sekelling kaki gunung tu la...pas pose2 di situ, kami gerak ke air panas poring...berdekatan jugakla...rendam2 kaki di kolam air panas semulajadi yang telah dikomersilkan....pastu masa untuk pulang...hari dah nak ujan..hahaha..singgah kundasang, beli sikit2..pastu terus ke bandar KK..ke pasar kraftangan & pasar filipina...wah di sini dengan jayanya menghabiskan wang...kat sini biasala..banyak barangan mutiara, kraftangan& kuih cincin sebagai cenderahati....

...malam makan dengan abang aku (mak lain) & famili makan di seafood restauran...sangat marvelesss...segar& sedap ....chinese restauran yang halal di KK...sembang2..pastu ikut singgah jap rumah diaorang di inanam baru...sekejap jerla sebab kami dari pagi tadi tak balik2 lagi de....dah berlengas tak hengatt....

..esoknya, jumaat suda bah...masa untuk pulang...singgah sebentar di pantai tanjung aru( sebelah airport jer)...santek pantai ni...makan breakfast...dan masa untuk balik belon ke semenanjung....hehehe..sampai dalam pukul 3pm sebab agak delay flight...terus pi makan lunch..bayar parking RM105( ngehehe..1st time)...dan kami pon pulang..(nada hujan-rintik2-air-gelombang)..

P/S:gambar akan di upload later...hehehe:)

Monday, June 7, 2010

Sahabat....

...aku adalah seorang yang susah nak berkawan..bukan sombong..tapi kurang reti nak memulakan sesebuah perkawanan...selalu aku harap orang akan start dulu...dan kalau pergi satu2 tempat yang tiada kawan misalnya...aku berharap aku akan jumpa orang yang extra peramah, yang akan tegur aku dan startkan perkawanan..kalau tak, tak abis2 la aku dengan senyum aku ni..main senyum jerla..dengan harapan orang akan anggap aku tak sombong..huhuhu..sgt mengharukan rupanya...

..dalam hidup aku, ramai jugaklah kawan yang aku dah jumpa..dari start tadika hingga ke tempat bekerja sekarang..ramai gak ar kawan dan juga sekadar kenalan..tapi sahabat yang aku jumpa tak ramai..biasalah, susah nak dapat sahabat ni, sahabat yang boleh terima kau seadanya, sahabat yang kalau ko ada masalah, dia tak lari avoid ko,tapi akan sentiasa ada utk dengar, sahabat yang tak cerita permasalahan ko kat org lain...sahabat yang bagi sokongan setiap apa yang ko buat...mereka2 ini memang susah kita nak jumpa...

...tapi aku bersyukur, aku diberi peluang untuk ada sahabat, at least pada aku diaorang ni sahabat, BFF yang walaupun tak jumpa selalu..tapi sentiasa 'ada'..yang aku tau sentiasa ada untuk aku...kak ja dan sham adalah 2 orang sahabat dari kalangan best fren2...best fren pun ramai gak..tapi yang 2 orang ini hati aku panggil sahabat...

Tuesday, June 1, 2010

Penyesalan....

...menjadi manusia, kita tak lari dari rasa menyesal..selalu kita akan luahkan rasa seperti menyesal aku, baik secara langsung atau dalam hati...kadang2 apa yang kita sesalkan itu lahir dari rasa bersalah,baik kat diri sendiri or manusia lain..contoh menyesal tak belajar rajin2, or menyesal aku sakitkan hati mak etc..kira menyesal macam ni selalunya kesan dari hasil yang kita terima..bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah(camni kot eja)...

..tapi tak kurang juga akan rasa menyesal pada takdir, macam mengeluh pada qada dan qadar..selalu kita tak perasan benda ni..aku pun buat juga..macam kita tak dapat terima apa yang telah ditakdirkan...sejak akhir2 ni aku rasa aku semakin parah bab ni..mungkin amalan telah semakin kurang,..lalai so, hati semakin hanyut...astaghfirullah al azim...aku selalu menyesal pada apa yang telah disuratkan...kalaulah aku boleh patah balik masa, mesti aku tak jadi macam ni, hati aku berbisik...

...aku seakan lupa sebenarnya apa yang telah ditakdirkan itu, ajal maut jodoh pertemuan rezeki...semuanya ada hikmah tersembunyi..aku seakan lupa setiap kepayahan yang Tuhan bagi...ade kesenangan yang akan menyusul selepas itu, susah itu buat kita menghargai kesenangan kemudiannya...aku seakan lupa, kegagalan pada sesuatu, menjanjikan kita yang lebih baik kemudian hari, yang sesuai dan terbaik untuk kita...

...sekarang aku dah tulis apa yang bermain di minda aku..harapnya lepas ni aku akan cepat tersedar setiap kali rasa menyesal datang, aku boleh kuatkan hati &semangat untuk menghadapinya...kerana Allah telah menjanjikan something worth it after all this challenges..insyaAllah..... bukannya aku tak pernah ada pengalaman yang membuktikan kebenaran ini...so Izah...please be positive!

Friday, May 21, 2010

Takde Topik Lain Ke?

....sejak memasuki alam pekerjaan ni...macam2 orang kita jumpa...yelah time belajo dulu kita fokus kepada keadaan sekitar kita je, ,masing2 mempunyai fokus yang lebih kurang sama...study,makan,borak,tidur,kelas,exam..pusing2 tu je..and then kita secara dasarnya boleh memilih untuk berada dalam kelompok mana...lain2 hal, gua tak campur, macam tula lebih kurang...

..bila masuk je alam kerja, macam2 background and personaliti manusia akan kita jumpa..macam2..ade yang bagus dan tak bagus dan yang macam bagus..

..apa yang aku nak coret sikit kat sini yalah pasal orang yang bila bercakap or bersembang MESTI nak cerita pasal orang, baik, tak baik etc, TAPI yang paling hot mestila topik buruk orang...erm...ade orang yang jenis macam ni,..mereka tak reti nak cerita bab lain...bukan aku nak kata aku baik tak cerita pasal orang..mestila ada gak, tapi takla benda tu saja SUBJEK borak kan....kalau borak ngan kita mereka2 ni macam tak berapa nak reti nak bercerita..muram jer...bila time tersebut pasal si fulan tu,si fulan ni..terus muka bersemangat...mata bercahaya...cerita pasal orang kan...kasihan..

sebab apa kasihan?...yerla, setiap kali bukak mulut, buat dosa dan mengajak orang lain buat dosa...masa kat kantin, siap label meja diaorang tu meja gosip or HOT dan meja orang lain..meja boring, or kelab masjid etc...

..mereka2 ini selalunya menjadi talam..depan kita baik, dengan niat nak kumpul cerita, dapat cerita yang best baca: boleh menjadi bahan kutukan dengan kawan2 seangkatan nanti...siaplah akan jadi cerita HOT..yang tak pasal2 tersebar di seantero alam syarikat...

..aku selalunya tak boleh 'masuk' ngan geng2 macam ni, diulangi bukan sebab aku nak kata aku baik, tapi sebab. entah, rasa BOSAN bila tak abis2 nak cerita pasal orang, dan kebanyakkannya aku tak kenal pon..and then mereka ni mempunyai perspektif yang negatif..mereka berjaya melihat semua ayat penyata ada unsur2 negatif...kadang2 aku jadik kagum dengan keupayaan mereka ni....masa masuk kerja, cuba gak melibatkan diri, almaklumlah takde kawan lagi kan...tapi rasa tak boleh terima..bosan giler...

antara ayat2 yang selalu akan kita dengar..contoh:
-pasal orang lain beli kereta, rumah,kasut,beg ,emas etc
-pasal laki orang tu miskin haprak
-pasal laki orang punya peel
-pasal boss2 yang tak disukai
-pasal artis2 punya gosip
-pasal banding2 kan orang
-pasal jiran mereka,ketua kampung etc
-byk2 lagi dan semuanya melibatkan orang


..aku pernah terbaca, kat dunia ni ada 3 golongan..yang paling biasa/rendah IQ, mereka hanya bercakap pasal orang lain, peringkat kedua, IQ sederhana, bercerita pasal diri mereka&persekitaran dan IQ tinggi, bercerita pasal idea...erm..fikir2 kanlah..dan selamat beramal...;)

Wednesday, May 19, 2010

Penantian...

..begitu banyak benda nak cerita, tapi tak reti nak olah macam mana, so..hilang macam tu jer cerita2 sensasi terkini..hehehe...

..well, penantian satu penyiksaan bakal berakhir tak lama lagi nih...berakhir dengan kehampaan...kehampaan yang dah biasa aku alami sejak kahwin ni..apanyer??..alkisah, aku ni dah lewat didatangi cik P.. 3 bulan 10 hari weh...lewat period itu sudah biasa, memang dah biasa dan terbiasa-biasa..tapi lewat sampai 3 bulan lebey memang luar biasa sikit..tapi oleh kerana pas cek dengan dokte klinik haritu dia kata nothing..so sekarang ni boleh la kata dah biasa, tidak luar biasa lagi...anyway, still aku tak makan ubat seru cik P tu datang...why? entah..malas kot...biarlah dia naturally datang...

well, life goes on...nanti ramai la orang akan buat ayat..sabar..sabar..ecehh, macamla aku tunjuk muka tak sabar, menangis melalak tak tentu pasal...macam aku duduk meroyan mengadu nasib cerita itu ini...padahal diaorang yang tanya, eh takde apa2 lagi ke?..bila aku cakap takde rezeki lagi, terus jawab sabar...erm...entahlah, aku tau ade yang ikhlas cakap...tapi ade yang cakap for the sake nak respon ajer...kan bagus kalau tolong doakan aku..itulah yang terbaik...so, untuk mereka2 yang bernasib seperti aku..memang jiwanya sangat sensitif untuk spesifik isu..so, pandai2lah nak tanya or nak respon..paling senang, jangan tanya..itu yang terbaikk...

..lagi best, ade yang akan terus jump into conclusions,atau terus suggest tanpa bertanya..cth: makanlah bio***, makan itu ini...ade ke dia tau ake dah terai belum benda2 itu semua...bukannya aku update setiap benda apa aku telan, terai dan sewaktu dengannya kan...kan..kan...

dah..dah, ni tak pasal2 jadi entri emo pulak..baik2 aku duduk elok2..tak ganggu orang pon..bahagia seadanya...hehehe..pada kawan2 yang baca entri ni, tolong doakan diriku ini...:)

Friday, April 30, 2010

Dua Budak Tua..




..hehehe..takla tua..cuma kurang muda jer..tp yang pakai tudung hitam tu masih muda belia..still kena ngorat kalau jalan tanpa yang baju oren..ngeeeee...

..motif letak gambo? saje jerr...nak memuat turun muka terbaru&terlatest...ini keje kami malam2 balik keje..lepak2 buat keje ntah hapa2...amik gambo sendiri...hehehe..

Tuesday, April 6, 2010

Kursus..Cupcakes..Merit..Assignment

...memulakan blog dengan bismillah kali nih...kot2 dah ade penunggu gua di sini..hehehe....'maafkan kami penunggu gua'( sila baca cam dlm citer P Ramlee tu)

..dah lama gile tk hapdet...sindrom malas apdet melanda, virus yg selalu kena kat blogger tak tegar seperti aku..yang jenis..kalau tak hapdet pon tkde siapa yang kisah..benarr...blog syok sendiri..hehehe...yg nuffnangnye buat beli lolipop chupa chups pun tak lepas..hehehehe..

..erm, petang ni turun kl?turun ke naik yer..aku konfius..naik kl? turun kl?camne diaorg tentukan tu..ke ikut paras tinggi kawasan..wahh..kena arif geografi ke ni?
pepehal..esok ade training kat KL...pergi sorang naik flight...erm...maa utk berjauhan dengan mr hubby...2 hari jer pun...masa untuk rindu-rinduan, yerla hari2 jumpa mana sempat nak rindu2..hehehe....mesti sunyi rumah bila tiada suara leteran makcik izah yang pandai sekarang berleter...amatur=)

..malasnyer nak training nih...buhsan pon yer gak...tapi nak tak nak kena hadap gak..dhla lepas training tu ade assignment kena buat..yer, assignment...tapi secara realiti..masa kita study, assignment tu teori jer...bila dh keje, kena buat assignment utk apply bende tu secara betul2 punya bukan dugaan kat tempat kerja...arghhh.....so, kena hadapi training dengan tekun, rajin dan faham dik non...pehtu kena buat!...ish..ish....

...bulan ni ade increament,yeay!...walaupon pastinye tidak sehebat mana, mungkin cukup untuk beli bedak kompek jenama fasha sandha guna ade lemon2 tu...hehehe..ader la gak kan...masing2 tgh berdebar, bilakah?bilakah?berapakah?berapakah?ngeh...ngeh...

projek cupcakes telah setart...walaupun tidakla kencang, tapi ader la jugak pemanas enjinnyer....kick-off la katakan, kena promosi sikit(bab ni aku fail)..hehehe...

Tuesday, March 16, 2010

Langkah Telah Bermula.....

...fuh..fuh...tiup sawang dulu..hahah..suda lama tidak meng update...sibuk pergi bertapa..kununnya...

..sibuk yang konon2....malas sebenarnya...hehehe...menyibukkan diri dengan aktiviti cupcakes...wahh..seperti yang di war2 kan dalam entri lepas yang seperti berkurun lamanya itu..aku pergi belajau buat cupcakes...arakian pas belajar, mestila prektis kan...hahaha..10 hari berlalu dipenuhi dengan aktiviti latihan membuat semula apa yang telah dipelajari..alhamdulillah, kiranya menjadikla..huhuhu...en omar nampaknya telah muak menghadap kek sebagai sarapan,lunch dan dinner..kihkih...habis jiran, budak2 opis, boss aku, kakak2 aku,jiran mak aku.. semua menjadi mangsa..menjadi pemakan kek..setelah di uji ke atas mereka2 yang tabah ni...semua nampak OK, tak sakit perut,..nampak boleh telan jer kek itu..so kira tahap lulus ar ni kot( fyi, aku dah ada sijil la..hehehehe)..

..so dengan rasa rendah diri, aku rasa ingin menceburkan diri secara separa aktif dalam bidang cuppies ini..wah..wah...nak cuba bukak tempahan ar pasnih..nak beli oven..nak beli oven..dahtu sebelum ni ko bakar pakai apa zah?...hahah...oven gas yang kiut...selok( baca dalam telo pekan) nak mengabiskan adunan nih.....

...pastu nak start kumpul material..so nak kumpul material kenalah buat cuppies, hias dan tangkap gambaq kan...hahaha..sesi kumpul bahan pulak..so adalah mereka2 yang kena bertabah lagi pasni menghadap kek comel aku ni=) yer ar dah pas tangkap gambar takkan nak buang kot...

Friday, March 5, 2010

Ke Kelas Mendeko Sambil Meminta Autograf

sudah lama tak hapdet..dok ralit dengan FB la ni kot..hehehe...

banyak benda nak cerita tapi dok tangguh2...lupa dah...erm, dahla daya ingatan gue terencat sikit la ni..selalu lupa...isk,isk..belum beranak dah camni, esok urat2 putus...ntah la camne lak...adakah ini petanda usia ku yang meningkat seiring dengan pengurangan neuron2 yang bercantum?,,tidakkk...

..esok nak pi hapdet diri dengan satu ilmu baru..haaa.....ilmu cupcakes...cayalah..tiba2 puan izah ini mengalami kejutan budaya membaking dan tatarias kek kecik..hehehe...sebab aku berminat ni kerna syok tengok blog2 cupcakes yang cute mute cun melecun design cupcakes deconya...so atas semangat Malaysia Boleh( har har..tiba2 jer)...aku pun meregisterkan diri di satu tempat di tempat kelahiranku yang tercintan..pekan...hehehe..

..cakap pasal kelas ni..cikgunya adalah salah sorang penulis novel pojaann hatiku...Amaruszati..yang nulih Bila Sena Kembali Berbunga itu....isk..seronoknya, nak bawak buku untuk sesi otograp la...=)

Monday, February 22, 2010

Lu Janji 3 hari...3 Bulan Tiada Lagi..Last2 Lu Kata Hilang?

....erm alahai..itu jer ucapan yang leh aku buat..pasai apa?hahaha...ni ha pasai seluar safety(part of uniform)..ish ish...mula-mula depa buat seluar tu, besaq kedabaq(suka suki aku jer)...boleh muat 3 kaki..memang la aku tak bagi depa ukur aku secara fizikal...sebab yang datang ukur tu jantan...so, tapi takkan la hasilnya seluar tu punya besar sampai leh muat 3 orang nyer kaki...isk..isk..

..so arakian, setelah banyak sangat komplen-bermacam-macam komplen ok dari sepelusuk kilang nih...depa ni datang, siap bawak mesin jahit nih...so, aku pun sua lah seluar aku tu sekali...untuk direpair....dengan harapan siap la teruih. yerla kan bawak mesin jahit sekali dengan sebala tentera tukang jahit masa tu...alih2 depa kata kat aku, adikk maniiss...(hehe,aku sembang jer ni,dia tak panggil macam tu), seluar ni banyak nak kena repair, kitaorg kena bawak balik kasik repair kaw2 punya(bab kaw2 tu memang aku tambah) 3 hari siaplah, itulah janji manisnya..wokeyy..aku jawab..lagipun seluar tu bukan satu keperluan sangat kat aku, sebab aku keje opis...kadang2 jer aku akan pakai kalau aku nak pakai pun...

..tup2 sampai la ni....dah 3 Bulan nokk....tak siap2 lagi...pehtu, safety department ada lak bukak borang komplen untuk masalah2 uniform nih,sebab terlampau banyak komplen..so di kesempatan ini juga..aku pun tulis ar kat situ....yang aku dijanjikan 3 hari, 3 bulan pun tara siap lagi....

..so safety department forward komplen aku tu kat supplier tu...tadi aku dapat email dari supplier tu menyatakan yang seluar aku tu telah hilang dan.....depa mintak seluar aku untuk buat ukuran yang baru...apekah???...
..nak gelak pun ader...nih kalau aku bagi seluar aku kat dia...dijamin ke seluar yang aku hantar as ukuran tu tak hilang lak...isk..isk.....kualiti perkhidmatan yang hampess...

Thursday, February 18, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan,Kerepok Lekor 008...sebiji Mangkuk telah di Abadikan=)

...opis sunyi sepi ketika ini...ramai yang menyambung cuti...so keadaan seperti opis tinggal..heheh..macam pernak duduk di opis tinggal aje...

..percutian yang dirancang sebelum ini, berjalan lancar..seronok dapat bertemu anak2 sedara di Kelantan...bersama-sama mengembeling tenaga menambah kesesakan di tempat-tempat tumpuan orang ramai di Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang serta Pasar Payang,KT....berjalan sakan...duit pon banyak yang terbang....hahaha..perjalanan kami yang lebeh kepada jalan2 cari makan..pantang nampak makanan..singgah,beli dan ngap...bayangkan kami pergi ambil masa 6 jam..dan kami balik 12 jam!..hahaha..betapa perjalanan pulang di selangi dengan penyinggahan yang maksima...

...kali ini kami beli buah tangan kerepok lekor 008 di pantai Kelulut,Marang,Terengganu...memang terbaekkkk...hehehe..kalah yang Losong punya...ish ketagihan makan keropok ni..so sapa2 yang ke sana..sila beli,memang paling best pada akula..highly recommended....=)

..selain itu, seperti biasa, banyak nama tempat,kampung yang pelik dan agak kelakar di pendengaran kami jumpa...yang paling best..Mangkuk...di tepi pantai Besut..hahaha comel jer nama tempat nih...Mangkuk....terpateri di ingatan nih...

..sayangnya tiada gambar diambil..sebab tiada langsung mood untuk bergambar...pelik bukan..tapi itulah keadaannya...mungkin kerana tempat yang kami pergi TERLALU sesak dengan orang...keadaan cuaca yang TERLAMPAU panas...mata pun takley bukak...so mood itu hilang dengan sendirinya..jadik malas dalam erti kata lainnya.....

..apapun...percutian kali ini memang seronok, berbaloi dan mencapai matlamat( eshh skema tul)....cuti2 Malaysia yang berjaya nampaknya...so next destination?( ^ ^!)

Friday, February 12, 2010

its so tipikal...melabel orang itu bukankah tidak elok?

..hari ni makan free lagi...wahh asyik makan free aje sekarang ni...alhamdulillah murah rezeki....

..harini seorang supplier membelanja sebab dapat cheque..dia nak belanja rakan sekerja aku..so, atas dasar teamwork yang padu eceh..eceh...kawan aku membawak aku sekali seiringan pi makan...huhuu...ini salah satu untungnya menjadi orang finance....=)

..apa yang nak dihighlight kat sini bukannya kisah makan free ini ..itu mukaddimahnya sahaja..aku nak tulis pasal isu...kerana nila setitik rosak susu sebelanga..aikk macam tiba2...

..dek kerna supplier ini ramah tamah orangnya...macam2 cerita la keluar...aku macam biasa lah...menjadi orang yang lahir pada bulan Aug..lambat warm-up kepada stranger..aku hanya lebih banyak senyum dan mengangguk sahaja...cerita punya cerita..last2 sampai ke topik seorang lagi supplier yang dikenali mempunyai affair dengan mak janda pada satu masa dahulu sehingga kawin...tup2 terus kakak ni(supplier itu), melabel dengan ayat..biasa mak janda ni, suka kacau laki orang...mak janda ni gatal..bla..nla, mak janda ni nak duit jer..bla..bla...entah kenapa..aku rasa label itu tidak seharusnya diberikan..bukan title janda itu yang menjadi masalah..tetapi attitude perempuan/orang itu sendiri...so kalau sikap tak elok, tak kisahla dia dara ke, isteri orang ke, janda ke...tetap mempunyai perangai tak elok.....

..bila dia bebel2 lagi...tiba2 terkeluar dari mulut aku..tak baik kak cakap camtu...bukan semua janda macam tu...certain2 sahaja....terus akak tu explain yang dia cakap based on experience ayah dia pernah ditipu janda sehingga puluhan ribu ringgit...erm alahai..kerana seorang dua janda berperangai begitu terus semua dilabel...bukankah ini dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...tidak adilkan?its so tipikal....

Thursday, February 11, 2010

Bila Kaum Cina Sibuk Beraya..Melayu Plan Cuti..

...cuti panjang ni beb..mau ke mana kita?...aku tak amik cuti tambahan pon...tak rasa nak cuti panjang melangut di rumah..hehehee..plannya ingin ke kota Bharu...jalan2 cari makan dan melihat abang sekeluarga di Machang...rindu kat keletah mek kelate yang dua orang tu..anak sedare aku yang selalunya aku tak faham apa yang dia orang cerita...kdg2 aku main iyerkan aja selepas penat mintak translation...ingat nak bawak kanak2 itu berjalan-jalan...walaupun di negeri mereka sendiri...oklah tu...selain itu, kak ngah ku tengah mengandung...setelah 9 tahun senggang...wah nak kena tanya apa petuanya ini...

..mana nak pergi merayap ni...satu2 tempat yang aku ingin nak pergi setelah mendengar kisah bestnya ialah Wakaf Che Yeh..nama cam best...pulak tu tempat shopping pulak...lagilah best...hehehe...maybe duit kena bawak cukup2...kalau bawak lebey...abis ar..abis ar....

..kalau jadi plan ini..sabtu akan bertolak dan senin akan pulang....moga terlaksana plan ini dan selamat pulang...hari rabu kerja...maybe ofis akan sunyi sepi dek kerna masing2 sambung cuti...best2..hehehehe....=)

Wednesday, February 10, 2010

Salmon Sushi yang Pertama Sampai Ke Perutku

..sejak akhir2 ini suka sangat suka makan sushi..tadi pergi lagi..kali ni makan di Sushi king...kali kedua bulan ini...hehehe..kopak..kopak....

..tiba2 teringin nak try makan salmon mentah tu...mimpi kot..yerlah selama ni setelah dipujuk banyak2 kali oleh kawan2, baik melayu,cina dan jepon sendiri...matia-matian tak nak cuba...alih2 malam ni terbuka hati nak cuba tanpa pujukan sesiapa...

..so aku pun try yg jenis sushi..amik yang atas belt pusing tu ar...masuk2 mulut...eh, sedap, boleh tahan ar..patutla diaorang ni gilerkan mende alah ni,....yummy2 rupanya...leh ar try lagi pasni...ah sudah..kopak2..makan sushi ni bukan murah..standard2 biasa je dah rm50 untuk 2 org..tu makan tak bersungguh tu...

so moral of the story...tak cuba tak tau kan..dah cuba..alayai..kopak ar..abis gaji dok beli mende makan jer aku ni...hehehehe.....

Saturday, February 6, 2010

Terkelu Kata di Kala Tengah Kunyah Sardine Roll

....semalam semua boss sudah pulang ke opis....erm..selamat kembali ke alam realiti bak kata sorang member aku...hahaha...pulang mereka dengan membawa 2 orang seveniyer...mat saleh besar tinggi dengan pangkat yang besar...sori no souvenier, dont have time to find one, kata boss aku juga boss2 yang lain...no hal lah...its okeylah....

..2 orang mat saleh yg bernama craig dan andy adalah berpangkat VP..kiranya bawah pada CEO ar ni..berjaya diangkut pulang ke kuantan dengan jayanya..hahaha....tujuan datang..biasala..melawat..program bertemu rakyat macam YB2.....

..kala petang...ada taklimat dari diaorg ni...biasala..benda yang sama..good...good..good...anyway..but...furthermore..etc....okay...masa untuk makan...hahaha..bau kueh memanggil2 sejak tadi dan kami telah memilih tempat strategik iaitu belakang sekali, tempat paling dekat dengan kueh...okay, i admit, perangai macam budak sekolah lagi....sedang2 aku beria2 makan@&berkepochi...tiba2 datang la pulak boss aku kenalkan aku dengan mat saleh tu...this is izah i am talking about..bla..bla....aku ni dahla sardine roll penuh dalam mulut...hanya mampu sengih2 jerla...pastu bila dah abis telan, aku gelak2, ntah hapa2..mesti mat saleh tu kata awat la minah ni dok gelak macam aku buat lawak..seriyes aku terkezut..dan tk sempat bangun pun...kira main dongak jer cakap...teruk2...takpa la...tak ingatnya dia kat aku...ade berapa lapisan peramid antara aku dengan dia....

...di saat camni, kita dapat tengok, boss yang pandai cakap akan dok menenyeh kat depa2 nih...selalunya mereka ni memang akan cepat naik la....jenis2 yang tak pandai cakap...duduk lepak lebey kurang pastu blah la....mereka yang pandai promosi diri, membawa diri akan dikenali...selalunya tak pandai mana pun buat keje..=)

Thursday, February 4, 2010

Bila Kucing Tiada, Tikus Hidup Rukun dan Damai sambil Makan Kopok Lekor Kemaman

..start 2/2 sampai 4/2..semua boss2 baik kecik dan besar semua terbang ke Langkawi untuk LIMA..eh tak tak..untuk meeting dengan boss paling besar..haha..boss ni turun dari US...Malaysia dipilih kali ni untuk meeting antara boss2 di Asia....SO, pendek kata..3 hari ini adalah hari aman sentosa damai dan tenang...tanpa panggilan tipon boss, email boss, message pandion boss, meeting dan discussion dengan boss....semua nampak ceria dan gembira termasuklah aku dan ahli2 department aku ini....kerja2 siap seperti biasa..cuma dengan keadaan lebih mengembirakan...ahakss.....

..masing2 sibuk kata hari ini adalah last day..last apa? last untuk gumbira..wahh..ayat macam boss2 kami ini adalah makhluk ganas anti-sosial pemakan budak ajer...hehehe..biasalah, saja untuk mengambarkan betapa gembiranya keadaan sekarang ini...esok, kembali seperti biasa, seperti 10 minit sekali kena berinteraksi dengan boss....

..semua dok tunggu2 apa pengkhabaran atau perubahan yang akan berlaku pasni selepas boss2 kami ini di cuci-otak atau kata orang pekan brainwash itew....adakah mereka akan lebih garang dan menekan dengan lebih agresif...masing2 siap sedia....mungkin lebih banyak sekatan akan diperkuatkuasakan....huhuhu...atau keadaan menjadi sebaliknya...mana tau( fuh2 masih berharap yang ini)....

..aku ada satu tag dari kak jaa....pending item ni...nanti akan aku usahakan tag yang julung2 kali ditujukan buat aku ini....

Monday, February 1, 2010

Sebabak Dari Kehidupan

...perkahwinan memang memerlukan pengorbanan..lebih2 lagi dari sang isteri...dari dulu lagi kekuatan sebuah perkahwinan itu datang dari ketabahan&pengorbanan sang isteri, bukti2 banyak kita lihat di sekeliling...dekat dan jauh...sebab tu Allah telah jadikan perempuan itu kuat&lembut hatinya,kuat sehingga boleh menanggung dunia dan lembut sehingga boleh mengalirkan airmata untuk benda yang temeh(pada pandangan umum)

...bila kita dah menceburkan diri dalam arena ni...hehe..memang tak dapat lari dugaan, cabaran,rintangan dan macam2 an an lagilah..setiap isteri akan diduga dengan pelbagai bentuk..dan secara naturalnya..sang isteri akan melakukan pengorbanan, hanya untuk insan yang tersayang...macam lumrah dah...macam2 kisah kita dok dengar saban hari pasal pengorbanan isteri ni...

...aku pun sama, dari sejak kawin, sampai la ni..macam2 dah dialami....baru lagi ni, setakat ni berupaya lagi menjadikan diri positif motif jer ni...masing2 ada bahagian masing2...terpulang pada kita untuk pilih camno..

Wednesday, January 27, 2010

Tercuit Sikit Hati

..selalu kita akan rasa sedih dengan tindakan orang lain kat kita...kadangkala orang tu tak sedar pun sebenarnya, tapi kita tetap kecik hati lagi-lagi kalau orang tu orang yang rapat dengan kita...

..tadi,aku tolong seorang kawan ofis tunjukkan tudung yang isteri dia jual kat seorang lagi member..masa aku bawak turun tudung tu dari tingkat atas, hati aku biasa2 saja...walaupun sebenarnya baru pas kena marah dengan boss....alih2 sampai kat bilik member ni...aku pun tanya, ko nak tengok tudung tak?dengan suara hepi mepi...kawan aku buat muka sinis..cuit dengan pen jer tudung tuh...tak tengok langsung..terus jawab...aku tak pakai tudung camni...wahh..walau tudung tu bukan tudung aku,..kecik hati juga beb dengan aksi spontan...

maybe aku lebih2..tapi bagi aku..sekurang2nye tengok ar dulu tudung tu...bukan nak paksa beli pun..tak luak pun rasanya kan...aku bawak turun tu khas untuk dia tengok...perlu ke menyombong camtu....macam2 hal boleh buat kita sedih..atau aku yang overly sensitive ni....

Tuesday, January 26, 2010

Frust Gak

...just got a frustrating news today..i didn't get the job...huhuhu..anyway have to deal with it..already expected but yet still feeling sad...

..terus bersemangat buat consol account..and terus siap...hahaha...bagitau boss semalam dengan confidentnya tak sempat siap, alih2 bila dapat bad news terus bekerja dengan tekun...hahaha...dengan harapan boss naikkan gaji dengan banyak bulan 4 ni...berangan lagik...mesti cari jalan untuk bersemangat kerja semula ni...maybe perlu bercuti..erm....

...tadi pas bayar duit rumah..pi makan mee kari di Planet Curry..nama jer macam besaq planet, tapi kedai bawah khemah ja...har har..sapa2 yang clean cautious maybe tak suka kot...aku ok jer..boleh aku layan lagi...jangan nampak something yang buat tekak kembang sudah....tapi kedai ni popular di kuantan, 1 malaysia ar..semua bangsa layan kedai ni...mee kari dia kira enak ar..semua bebudak lelaki jer yang berniaga....

Saturday, January 23, 2010

Nightmare Sebuah Interbiyu

..seperti yang diwar-warkan...ewah, semalam pi interbiyu...satu pengalaman ngeri umpama nightmare bagi aku...macam lepas keluar bilik temuduga terus cakap dalam hati..."lupakan hasrat kau untuk kerja di sini"...dan sepanjang jalan (dalam kereta) dok membebel sorang2 macam loser...hahaha...

..perjalanan ke tempat interbiyu berjalan lancar sperti sebuah hari penuh sunshine...walau sedikit cemas sewaktu nak keluarkan lesen untuk ditinggalkan di tempat guard..lesen agak degil untuk keluar dari tempat sisipan tuh....setelah terkial2 di depan guard yang nampak sabar ajerlah itu...akhirnya ianya selamat keluar...

..oklah..sampai di lobby, ada seorang budak lelaki sambut aku dan dibawa ke bilik untuk jawab written test..di sana ada seorang calon sedang menunggu untuk masuk diinterbiyu setelah selesai jawab test..budak lelaki tadi terus certified fotokopi sijil2 aku..sign setiap satu...perghh..sesi ramah tamah sebentar sebelum aku diberikan soklan..sedikit keciwa di sini kerana hanya setengah jam diberikan....dan buka2 kertas soklan...ada soklan pengiraan yang mempunyai anak a, b dan juga cucu cicit i dan ii...wahh...dan oleh kerana ianya bukan bidang yang aku buat sekarang walau hakikatnya pernah belajar di kampus dulu...sangatlah terhegeh2 untuk menjawab..dan hasilnya 2 soklan tak sempat dijawab....ok, sudah hampa yag pertama di sini...

...dan setelah kertas dipungut, tak lama kendian sesi temuduga dimulaka..ada 3 orang penemuduga, sorang HR manager-perempuan melayu stylish, seorang lelaki cina-future bos untuk jawatan yang dipohon, dan seorang perempuan melayu berbaju kurung&bertudung-boss kepada lelaki cina tadi..wahh hebat perempuan nih...

start2 terus hi2..thank you etc..dan setart ar tanya2...tak lama kendian, dia suruh aku jwab soklan costing dalam excel di depan diaorang semua...aku kena selesaikan dan sesi aku kira tu terus dipancarkan ke screen...masa ni lah hati aku kata, sir,think i dont want to proceed with this interview anymore, huhuhu..tapi aku tk ikut kata hati..aku pun jawab..masa diberi lebey kurang 7 minit gitu..complicated gakla...aku suka suki jer....so pas aku siap, dia kata ok, jawapan betul cuma cara tak sesuai..sepatutnya guna formula, rupanya nak tengok excel skill..lantak pilah..masa nak harapan aku dah sipi2 jer ni..aku just nak siapkan cepat2 dan balik jer ni...

..pehtu..cakap2 lagi dan terus dia nak suruh aku buat presentation lak on the spot.....mak haiih...dia tunjuk satu carta ..dia suruh tengok 2 minit dan terus present..aku rilek jer sebab harapan kira dah punah masa ni...so aku bangun terus main hentam ajer...pendek jer aku cakap...so, yang ini takde komen ar...pastu sambung cakap2 lagi..penemuduga ni ok2 lah jugak..cuma yang boss perempuan tu macam cikgu garang..macam nak piat telinga aku jer muka dia kalau aku jawab salah tu..masa ni aku nampak harapan aku tu dah hilang dari pandangan dah...selesai, cakap thank you2...dan terus blah=)....

...gitu ar kiranya...kesah semalam, hari ni lak kena kerja walau aku tak start pon lagi nih sebab carik mood tak jumpa2..nak2 kena buat satu report yang kalau boleh aku nak bayar orang lain tolong buat untuk aku nih....hehehe....dah sejam dah ni...bestnya kalau dapat tengok citer korea ni......

Thursday, January 21, 2010

Debaran Neh...

...esok, aku ada interview..(harap2 boss aku tak terserempak blog ni..huhuhu)...seram&berdebar...lama dah tak pergi interview nih...dan jawatan adalah lain dari apa yang aku buat sekarang..masih akaun&finance, tapi sedikit berbeza( or banyak?)...interview pukul 9 pagi..satu jam adalah written test dan selebihnya adalah sesi interview...ish..macam nak p exam lak...adalah aku study sikit2 carik bahan untuk goreng esok...sebab tu jarang update bloh neh...seriyau..

nak dijadikan cerita, senior aku pun pi jugak interview esok...hahaha..kena fight ngan dia..dahla kerja tu apa yang dia tengah buat sekarang, so peluang dia lebih cerah..aku lak peluangnya sangatla tipis menipis....

...kerja kat opis sangat berlambak dan sekarang adalah minggu audit..dan aku kena kerja sabtu nih untuk siapkan satu report nih untuk audit...sebab esok aku amik cuti satu hari untuk interview...adushh...

..anyway, kawan2 atau siapa yang tersinggah kat sini...kalau sudi, doakanlah saya dapat menjawab dengan baik esok...atau lebih tepatnya dapat menggoreng dengan lebih baik=)

Tuesday, January 19, 2010

Hwang-Jini

...ada satu drama bersiri Korean yang aku ikuti sekarang..tajuknya Hwang-Jini..berkisar tahun 1560 an lebih kurang..lama giler ar ni..kira dalam satu abad dengan kejatuhan Melaka( huhuhu..bab sejarah tu)....

..menarik sangat cerita ni bagi aku...sejarah seorang perempuan bernama Hwang-Jini dalam negara Korea...dia seorang gisaeng( dalam zaman kini dipanggil perempuan simpanan, GRO, call girl..kira seangkatan dengannya)...gisaeng ni kiranya dalam lowest ranking punya kasta..sama tahap dengan hamba...mereka adalah wanita penghibur lelaki2 berpangkat..menari, berpuisi, main alat muzik, teman jalan2...dan sampai ar ke bilik tidur..diaorang ni biasanya ada sugar daddy yang menajalah...

..Hwang-jini ni adalah seorang anak luar nikah ibunya, seorang gisaeng gak dengan seorang pegawai nih..so secara automatiknya dia ni jadik seorang gisaeng gak....dia dihantar ke akademi gisaeng( fuhh...ade akademi tu) di mana dia diajar serba serbi seni...& mengikut sejarahnya Jini adalah yang terbaik dari segi kemahiran seni tari, puisi dan juga alat muzik, dia juga sangat lawa lagi jelita, ayu dan bijaksana....arakian, ade sorang mamat dari kaum bangsawan ni jatuh hati pada Jini pada awal2 Jini start training....as another cinta2 derajat lah ni...last2 mamat ni mati...dek kerna sakit putus cinta...Jini pun terus tekad dan menekad yang dia takkan jatuh cinta lagi...dia sumpah dia akan buat semua bangsawan dok gila kat dia& then dia akan kecewakan.....

..Masa berganti masa..( kalau dalam cita dia just tulis 4 years later)....Jini berjaya seorang gisaeng terbilang..nak tempah dia semalam harga sebijik rumah time tuh...gisaeng yang dok derajat tinggi boleh pilih dia nak layan ke dak jemputan2 para bangsawan ni...semua dok gila bayang ar kat Jini....pada era ini kira mostly of the noblemen was corrupt...tang2 tu datang sorang hero...jadi menteri yang paling muda..dia ni jer tak corrupt....dia pun kiranya jatuh hati gak kat budak Jini ni atau nama gisaengnya,Meongwol....so adakah cintanya akan berbalas?adakah Jini akan melupakan sumpahnya...kira tengah ongoing ar citer ni..di Siaran 303 astro,KBS World, pukul 10.10pm Isnin-Jumaat...ulangan hari sabtu start 8.50 am..back to back..



..aku pun dok google kat en wikipedia...kisah gisaeng ni...kiranya diaorang ni diumpamakan seperti cendiakawan di dalam tubuh wanita murahan....gisaeng ni tak boleh dikahwini..kalau ada orang nak pun boleh dijadikan gundik, tetapi perlu membayar harga yang tersangat mahal kepada kerajaan...yer betul kerajaan kerana mereka2 ini dibawah pentadbiran kerajaan, kiranya cam dayang istana kalau time kita dulu...anak keturunan gisaeng akan mewarisi peranan itu hingga ke akhir hayat dan ke generasi seterusnya andaikata ada anak,walau se educated mana pun gisaeng itu...

...apa yang boleh disimpulkan kat sini, masyarakat dunia tak kira lah di pelusuk mana, pada zaman dulu( walau kini pun still ada) meletakkan wanita sebagai masyarakat kelas bawahan, dijadikan bahan hiburan lelaki semata-mata, boleh diperlakukan sesuka hati, ditadbir sewenang2 nyer...walau hakikatnya, mereka yang membuat undang2 sebegitu rupa, dikandung dan dilahirkan oleh seorang wanita....

Thursday, January 14, 2010

Tampalan& Kefobiaan

...semalam, selepas menikmati sarapan pagi di kantin, dalam pukul sembilan lebey, tiba2 ...makk, sakiittt gigi...wah terus menyerang tanpa amaran....sakit wohh...ish, camno nak buek keje ni...isk..isk..last2 aku pun p cakap kat boss aku nak keluar p klinik, sakit gigi..maybe aku MC...boss aku cakap ok,..apa2 hal sms jer nanti....

...cari2 klinik, jumpa satu dekat sangat ngan area rumah aku...cantik ar ni..dipendekkan cerita, dokte cakap ada lubang akt gigi last aku..sebab dia tumbuh senget dan belah atas pulak..memang tak sampai dek akal berus gigi nak bersihkan..itu yg leh berlubang kat belah tepi...dokto mencadangkan agar cabut je..aaa?? cabut?..aku yang rasa nak cabut lari time tu..heheh..fobia beb fobia....so, aku kata saya tak bersediala nak cabut gigi neh....dokte kata, kalau tak cabut, tampalan boleh buat, tapi bersifat sementara, bila2 masa leh lubang semula....aku kata, takpe, sementara ni tampal jer dulu...last2 dokte setuju...wah lega den.....

..pas cabut, amik MC, terus hilang sakit...balik rumah..titon la jap...huhuhu....

..aku memang fobia cabut gigi neh...pernah alami satu pengalaman pahit cabut gigi...sakit giler...darah bersembur2...abis tudung aku..pakai lak kaler putih..aku lak tak nampak sebab darah tu kat bawah dagu area leher..blind spot...yang si nurse tu takla nak inform aku pasal keadaan aku yang mengerikan kala itu....time tu, aku balik rumah naik bas lak...ntah camne lah orang tengok aku...aku pun tak perasan...kali tuh siap jahit lagi gusi. macam operation kecik...isk..fobia..fobia.....

..hari ni boss tanya ok tak..aku cakap dah ok dah...hehehe..kalau ok, dia nak belanja makan arini..aku kata ok jer...dah tampal...hehehe...

..camne ek nak mencegah gigi sakit lagi nih...nak cuba pakai listerine lak arr..so tempat2 yang tersorok dapat dibersihkan dengan lebih gigih....

Tuesday, January 12, 2010

Bertemu&Berpisah

..once upon a time..there was a woman in her early twenties, coming to her new work for the first time..she had a crush at her new colleague...she saw him as an ideal man...eventhough at that time she already seeing someone but not so seriously involved....

..time pass by, she didn't do anything to express her feeling towards him, nor she told anyone on the matter..she kept it silently into herself....at sometime, she had the thought that the man also had the same feeling....but being shy&inconfident..she let it be....eventually she got engaged and then married....she kept the crush silently...and time made the feeling gone..due to respects and love to her husband....

...but the admiration remained until today...still looks at him with due respects...and he also has become a husband himself...she always prays for the couple happiness....

...now, knowing that he has sent his notice of resignation and will go to another company for better opportunity and benefits...there is a slight frustration...sadness..like she will not seeing him again at the canteen, office or around the plant..sense of losing something precious....

Monday, January 11, 2010

Overhaul

mari kita salahkan hari isnin lagi untuk monday blues walaupun hari sudah petang....hehehe..walaupun isnin tidak bersalah sama sekali tetapi ia totap dipersalahkan dek kerna start keje hari senin....

..semalam, ari ahad yang biasa sahaja,...hajat untuk housekeeping gotong royong dengan en omar tidak terlaksana..hanya en.omar buat housekeeping,seperti biasa..aku hanya masak nasik lemak..hahaha..suka suki aku jer makan nasik lemak waktu tengahari...

..tengok AJL malam tadi...bagi aku yang buta seni ni, OK jer semua sebab best jer telinga aku dengar...tapi aku memang minat bila Faizal Tahir perform...sebab apa ek? sebab dia buat persembahan dengan beria sekali,over gitew..memang aku suka sangat tengok...kiranya ternanti-nanti ar persembahan pakcik tu...hehehe..AJL bila ntah yang dia nyanyi sambil potong rambut tuh..memang ade kelashh....giler teret....oklah kali ni dapat gak nombot 3...hehehe...tak sia2 aku sms banyak2 dalam hati semalam...

..bercerita pasal kerja...isu minggu lepas masih tidak settle rupanya..last2 kena buat reverse balik apa aku dah buat..lantak pi lah..aku nak buat betul diaorang tak nak..biarkan..biarkan....

..sekarang ni minggu ke-2 shutdown/turnaround..apekah itu? ..bagi kilang2 yang menggunakan mesin2..perlukan maintenance, yerla guna bagai setahun, kenalah overhaul apa yang patut...shutdown kali ini dijangka 3 minggu..sebab mesin yang digunakan adalah gedabak2 besarnya..ada yang sebesar bangunan 4 tingkat...so ramai lah sikit manusia kat kilang yang aman sentosa senyap sonyi ni...aderlah sikit hiruk pikuk....dek sore2 sumbang kontraktor2 yang diambil untuk buat kerja2 pembersihan, peng overhaulan etc..boleh gakla cuci mata tengok muka hensem/ cute sikit..hahahah..en omar mesti jeling kalau cakap ni depan dia...dia takut sangat orang ngorat aku....macamlah wife dia ni segak sangat orang nak pandang..isk..isk....

...cerita pesal overhaul ni...sebagaimana mesin, orang pon ade sessi overhaul gak...kalau orang islam puasa adalah salah satu cara overhaul, selain itu sesi muhasabah dan taubat....untuk refresh diri menjadi manusia yang lebih baik...yang menepati tujuan dia diwujudkan atas muka bumi ini...

Friday, January 8, 2010

Email Pun Ada Nada

...minggu ni minggu yang agak stress di alam pekerjaan bagi aku yang menjalani hidup kurang-stress ini...macam-macam permasalahan timbul..benda-benda kecik diperbesarkan...miscommunication lah...boss demanding lah...berlaku dengan begitu ekstrem minggu neh...

..harini timbul lagi..malas nak cerita details..just aku nak cerita yang kadang2 email formal pun boleh buat kita marah, frust dan geram...macam boleh baca nada dalam email tuh...walau seformal mungkin email itu dikarang....ada nada sinis, nada marah..semua boleh dikesan, nak-nak kalau kita tau orang yang hantar tu guane peelnya...niat asal kita adalah baik OK...kita dah mengaku kesalahan dah pon,...biasalah buat salah, kena ngaku...bukan hari2 aku buat salah,...aku insan biasa...huhuhu....tapi kalau salah itu datang dari pihak sebelah sini(read:Malaysia)...wahh..macam berapi2 email datang, tak cukup dengan itu, telepon pulak...cer( read:cuba) kalau pihak dia buat salah( read:Singapore)..elok2 adik maniss cakap...geram2.....adakah ini ada kaitan dengan sikap kiasu yang diperkatakan?.....

..anyway...geram punya pasal..aku rasa aku dah buat statement agak kurang asam dengan boss aku..hahaha...so selain aku yang sebal dan sengal arini..aku telah menyengalkan boss aku juga...

..alam pekerjaan ginilah yer..makan gaji lak tu..kuli batak lagi..gini arr...semua harus ditelan umpama sedap rasanya...

Thursday, January 7, 2010

Opening&Closing

.....wahh..sudah hari ke-7 tahun 2010 baru dapat hapdet blog...huhuhu..well atas sebab closing year end yang begitu dahsyat dan memerlukan tahap fokus peringkat lapan...aku pasrah..hahaha...

..tengah keharuan,kebuntuan,kepanikan,kecelaruan,kebangangan komputer ketika menyiapkan report2 akhir tahun semalam..aku menerima panggilan tipon..cik dipanggil menjalani sesi temuduga bla bla bla...alaweh...timing tu baikkk jer..hehehe...ini untuk jawatan yang aku saja2 test cuba apply di jobstreet aritu...erm....oklah..pergi je..aku tidak mengharap sangat pun...boleh test market kata orang...kalu dapat? sebab aku agak teret gak goreng time interbiyu ni..nampak cam baguih...kalau dapat kita istikharah la kott....

..semalam..menyiapkan closing sampai pukul 9 malam adalah julung-julung kali sebenarnya..yerlah selalu balik kerja pukul 6 petang..bila dah pukul 9, macam gabra dan terlebih teruja pulak..sampai termimpi malam tadi yang duduk menghadap komputer lagi dan boss bagi arahan macam2..termasuk cara2 memotong daging..whatt? macam kerja pembantu dapur pulak...pelik2...bangun pagi tadi....teringat yang aku salah debit satu transaksi semalam..waduh...terkeluar dari mulut aku...saya salah debit la semalam neh..en omar said:what?...hehehe..mengigau ke apa bini aku neh....

..anyway, sampai hari ini masih tidak boleh setel lagi transaksi semalam..kena tunggu orang US bangun tido bukak balik sistem 2009 kejap untuk aku masukkan benda2 yang tersalah semalam..inilah kejadahnya bila buat kerja tak cek betul2....yerla mata aku dah berpinar2 semalam...Dr ke Cr dah tertukar....dan lebih tensi bila punat off on system pada mereka yg di US yang ketika ini sedang enak diulit mimpi lagi ku rasa......waaa......

..pengalaman menarik unuk pembukaan tahun ini...azam tahun ini untuk lebey banyak memasak di rumah belum terlaksana..masih memasak di kedai...eh tak tak..masih meminta abang dan kakak di kedai tolong masakkan..pastu bayar jer...heheh..itu lebey ekonomi masa&tenaga..bukan ekonomi duit....

azam untuk bertukar kerja menunjukkan tahap positip nampaknya..huhuhu.......nak tukar ke tak ni..tak tau..tak tau..boss ..naikkan gaji wa dua ribu lagi..gerenti wa tak cabut untuk 2 tahun maxima..hahaha...macam penting je kau ni,ada aku kisah...kata boss aku..