Published with Blogger-droid v1.7.4
Monday, August 22, 2011
cerok dapo nun di hujung sana..
Dulu2..selalu rasa agak bengang bila dengar orang kata,perempuan belajarlah takat mana pun..nanti dok ceruk dapur gak..
sekarang, bila dok masak di ceruk dapor(walaupon takla secara sangat aktif), barula rasa kenyataan itu benar rupanya..walaupun takla tinggi mana belaja..hanya ketegori "bujang",dan hakikatnya ramai lagi wanita2 hebat di luar sana..tapi secara standardnya, bila dah bina keluarga sendiri, banyak masa wanita2 ini bersiaran di dapo..yg membezakan hanyalah teknologi yang digunakan..
Dan secara lumrahnya, perasaan menyediakan bahan santapan untuk keluarga itu ialah satu kepuasan buat wanita..nak2 lagi dapat suami yang jenis makan jer tak banyak soal sambil2 beri seketul pujian ikhlas pembeli jiwa...n anak2 jenis suka makan..
Aku tak sangka...yang aku pon boleh jadi camtu, zaman gadis memang susah ar nak ke dapur,liat semacam...
....dan kata2 orang dulu2 tu bukan sindiran sebenarnya..ianya hasil pengalaman n observation pokcik2 mokcik2 ni..bahawasenyer kalau dah jadi isteri n mak orang tu, automatik kena in charge kat dapo..
lights at the end of tunnel
Lepas jumpa dokte aritu, sedikit harapanku pulih...mungkin cara dokte tu explain secara terus terang buat aku agak yakin..ada setitis harapan buatku untuk memiliki zuriat...walaupon jauh lebih susah dari org lain, aku tahu semua ni ada hikmahnya...cuma aku mintak agar aku kuat jer...bukan menangis dalam hati setiap kali orang tanya takde baby lagi ke?bukan tersentuh pilu setiap kali org share gambar baby, bukan mengeluh rasa macam tak adil bila tengok org lain kawin terus dapat baby lagi dan lagi...yup,aku manusia biasa..yg ada rasa kecewa..tapi yg penting aku tak pernah doakan buruk2 kat org lain....
So..dengan harapan baru ni..aku kena mulakan sebuah perjuangan..yg hasilnya akan ada jika diizinkanNya..tapi kalau still takde..sekurangnye aku dah cuba&usaha..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tuesday, August 16, 2011
hati menangis...
Hati menangis tak siapa yg tahu jika senyumku ukir,tawaku hadir....
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tuesday, August 9, 2011
feeling content
You know what's great? The feeling of content...and furthermore the feeling is derived from just petty things that seems insignificant...like sincere smiles,thank you and sorry,someone holding doors for u,loved ones make u a nice cup of tea,buy u jajan tht u like and the list goes on...what i'm trying to say is that if you can feel content with just these sort of petty things without the needs of fancy expensive gifts just to see your smile....congratulations!you are one of special persons that are very lucky n happy....just treasure yourself babe..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Wednesday, August 3, 2011
berbuka ala nihon...
Sejak ari pertama puasa ntah kenapa teringin sesangat nak makan sushi...so arini mintak tolong incik omar tapaukan...hehe..so sudah pueh hati eden...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tuesday, August 2, 2011
cutenyer....
Percayalah...walau bagaimanapun rupa kita,mesti ada seseorang yang anggap kita cute....sebab beauty is in the eye of beholder...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Monday, August 1, 2011
dugaannnnn
Selamat berpuasa semua(eceh bajet ramai baca blog dia)....
Pagi2 1 ramadhan ujian datang dalam bentuk gurauan tak bertempat yang menyebabkan hati aku sedikit rasa shedih...semua benda nak tegur,nak jadikan gurauan...fedap mak...pasal aku pakai jubah pon nak perli2...pakai benda sopan tuu...kalau ada orang pakai seksi diamkan pulak...
Oklah..dah lepaskan rasa dah..ni ha sistem slow pulak..rasa nak lempang monitor pc jer...kang aku jugak kena lempang dgn IT pulak..huhuhu
Published with Blogger-droid v1.7.4
Friday, July 29, 2011
Tuesday, July 26, 2011
sebab cute
Kalau muka macam ni mintak makan bawah meja kat restoren,rasa nak bagi terus je ikan sekor....dengan kucing pon dabelstended...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Monday, July 25, 2011
bila rasa macam loser..
Time department meeting,boss ada satu segmen yang mana dia soh kongsi personal good news...tak kisahla apa pun janji yang buat kita hepi...
Aku selalu takde benda best nk citer mcm kwn2 lain yg pergi holiday,sopink, pencapaian anak etc..yg best pada pandangan standard umum...kdg2 aku cakap terus terang jer takde bila dah abis fikir dah still takde tu....
...benda ni yang kdg2 buat aku rasa macam loser...takde life...huhuhu
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sunday, July 24, 2011
hidup penuh kejutan....
Selalu kita alami yg yang mana orang yang kita sangka baik...rupanya adalah talam 2,3 atau mungkin 8 muka...biasa sangat dah menda ni..susah sangat nak jumpa orang yang ikhlas ni...so kalau dah jumpa tu hargailah....
....tapi ada juga orang yang kita sangka tak baik tu sebenarnya sebaik2 umat..mungkin kita nilai dia melalui rupa..kata2 orang lain yg mungkin dengki..atau kata hati kita bila lihat dia kali pertama...tapi sebenarnya dialah yang tolong kita di waktu susah...
...aku terfikir ini sewaktu tengok harry potter...sang severus snape tu baik rupanya...muka jahat kan....so moral of the story..dont judge the book by its cover...tak kenal maka tak cinta...
Published with Blogger-droid v1.7.4
dating
Hari dating harini ditamatkan dengan early dinner di sara thai...nasi goreng seafood yang sangat yummy...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Thursday, July 21, 2011
disgusting jokes
Disgusting jokes sometimes ok sometimes a big NO NO....
Seperti semalam, sewaktu parti durian,member aku menolak semasa ditawarkan seulas durian sebb nak yg kuning...tiba2 seorang mamat mencelah
Mamat:nak yg kuning?
MissA:angguk senyum sopan
Mamat:adaa...dgn muka nk gurau
Aku:crystex ke?(produk kami yg warna kuning)
Mamat:takla...yg kat tandas tu
Yerkkkkkkk.....kan ke tgh makan ni...
Baiklah aku cuba mempositipkn diri.mybe dia rasa lawakla kott dgn harapan kami gadis2(?), akan gelak-gedik sambil cakap eeeiiii gelila..manja2..tapi,apa yg terjadi kami terdiam dan terus buat cerita lain..
...tp aku masih terfikir...adakah lawak style gini masih diguna pakai alaf ini?...

Wednesday, July 20, 2011
skII for sale
Aku ada try guna sk2 aritu konon2 nk toraila...tapi tak sesuai rupanye...muka aku nak yg murah2 je kekdahnye...so dari membazir aku nak jual la kot ada yg mmg memakainya kan...rege aku beli rm359 utk 150ml,..nk jual rm100 sbb ada lebih dari separa botol lagi..kalau la ada yg nk beli lehla sms..0129850645....area pekan or kuantan...
Published with Blogger-droid v1.7.4
parti doriyan
Sometimes its not the type of food that really matter but the joy of eating together in familiar surroundings with cheerful frens....
Regardless,this time around the durian is soooo yummy!!
Regardless,this time around the durian is soooo yummy!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tuesday, July 19, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Tenang itu Nikmat
..kadang-kadang kita rasa cepat atau sentiasa memaafkan orang tu dan maafkan lagi bila orang tu ulang kesalahan tu macam tindakan yang bodoh...ialah macam kita ni boleh dipijak-pijak sesuka hati...kita akan rasa orang tu bodoh2kan kita dan tak hormat kita...
..kita selalu nampak orang yang macam ni..dalam drama atau dalam realiti...kadang-kadang rasa tak faham...
..tapi sekarang aku rasa aku faham...orang yang macam ini ada rasa tenang dalam jiwa yang tak semua orang dapat..aku rasa, rasa tenang ini dia dapat selaras dengan iman dia..beriman dengan qada dan qadar...maybe dia pun tak expect benda ni...maybe dia ada rasa marah tu, tapi sekejap jer, pastu dia rasa rilek jer, rasa tenang datang dan dia pun memaafkan seperti tiada apa yang berlaku..
..sebab tu kita tengok orang kaki pendengki ni tak tenang..tak tenang tengok orang lain senang...benda2 kecik nak diperbesarkan..padahal kita tengok apalah sangat...semakin kita rasa cepat tak puas hati tu, semakin kita jauh dari rasa tenang...
..tenang ni satu nikmat Allah..yang amat berharga..tak semua orang dapat..kalau yang tak tahu betapa nikmatnya tu, maybe kena check balik kenapa dia susah nak rasa tenang tu...
..dan aku rasa aku telah dapat jawapan kepada salah satu persoalan hidup aku...benda ni aku terfikir masa tengok cerita AKUMASIHDARA di ASTROCITRA..huhuhuhu...

Thursday, June 16, 2011
At Least I Know Already..
...minggu lepas dapat tau satu berita yang menjelaskan kenapa aku dah 2 kali keguguran dan satu blighted ovum..hasil ujian darah confirmed yg aku ada antiphospilipid sindrom...keadaan auto imun badan yang songsang...maksudnya, badan aku sendiri yang menghalang kandungan berkembang dengan cara menyekat sumber-sumber protein etc dari sampai ke kandungan...how? automatik darah akan pekat dan apa nutrisi/darah tak boleh sampai ke kandungan...
..tak tahu nak cakap apa..ini ujian aku...bahagian aku dalam dunia ni...tapi ada chance untuk mengandung kalau ambil ubat-ubat yang disyorkan dokte sebelum/semasa/selepas pregnant tu...yang paling seriau aku dengar..dokte kata, semasa pregnant, untuk pastikan darah tu cair, kena CUCUK ubat tu hari2...selama aku mengandung...well, jika ini pengorbanan yang diperlukan, insyaallah, aku mahu cuba..dan kesan sampingan ubat ni bukan sikit..boleh menyebabkan hakisan tulang..dan ada 20-25% yang kandungan tu akan tetap gugur walau dah makan+cucuk segala ubat bagai...itu semua kuasa Allah..aku hanya pegang pada keyakinan ini...
..bila fikir2 balik..katakan aku tau benda ni dah lama..mungkin anak aku 2 orang dah sekarang...well, bukan rezeki........pasal anak ini semua kerja Allah..nothing is impossible bila Allah dah kata kun-fayakun...

Wednesday, April 6, 2011
Sebuah Harapan
...apa yang aku harapkan..apa yang aku impikan hanyalah sebuah kehidupan biasa yang stabil..yang seimbang dunia akhirat...aku tidak harapkan kemewahan melimpah ruah, tidak mengharapkan diulit intan berlian, tidak mengharapkan kehidupan yang di luar jangkaan...
..namun..apalah dayaku...jika impian biasa inipun tidak dapat aku miliki....
..namun..apalah dayaku...jika impian biasa inipun tidak dapat aku miliki....
Thursday, March 3, 2011
Current Mode
..i am so lonely this days...alone....
..i have so much things to worry about..to the extent..i let it be and live in blur mode...
..people nearest and dearest to me seem not understand..or refuse to understand..
..i have even thinking about leave everything behind and begin new life...to that extent..
..i wonder around in online world...like trying to hold on something just to stay sane...

Yes..its true..sadly
..we always hear about people talking about how we malay attitude of working and compare it with the other race( yes that one)..and sometimes we argue and saying its not true..well, its true! at least from what i've experienced in my just-6 years of working life...
..the one with all the complaints, the one with all the excuses, the one with issue with punctuality(except when its time to go back), the one with the lack of quality in reports, the one that exceed the datelines..sadly to say, its coming from us...yes, not every one of us..but majority..i know there are malays who are very good and efficient workers...but the issue here on the "rotten" banana..
..may i put here one current example..the new manager(the other race) checks the invoice and actually do the audit whether the vendor has actually finished their work..and coming to us(finance) that he pend the approval since the vendor yet to complete the job..and this is the correct way of conduct...but the previous manager(mantan)..just sign off every single invoice he received without checking at all...and guess who he is? yup..
..i sincerely hope that..that establishment will be abolished one day.....maybe our next generation? but how about the malay saying that: tak kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi...

Thursday, February 24, 2011
Hidup Mesti Reti Bersyukur
..matang bukan sebab umur...kadang-kadang sudah kertu tapi tidak matang..kata dah makan banyak garam..tapi perangai macam budak-budak rebut gula2 kat tadika..orang dapat kau nak jugak,bila tak dapat ko nak sentap..apa kes kau ni? kerja berkira, rehat nak banyak, tapi ganjaran nak sama..undang2 negara mana kau nak pakai ni ha....
..kalau dah dapat pulak, bukan nak terima kasih..komen pulak tak cukup...aihh..susah nak ikut kepala kau ni...
..susah kalau orang tak reti bersyukur ni...pandang apa yang takde..cuba pandang apa yang kau dah ada tu...lebih banyak dah dari kebanyakan orang...
..komen..komplen..kutukan, itu je yang kau tahu..

Tuesday, February 22, 2011
Blur..
..hari ini bangun dengan tekad untuk senyum...ceriakan diri sendiri...mode:fixed smile
..menjelang tengahari, lihat saki baki koret-koret dalam purse, cukup untuk belanja kawan makan...ajak 2 kawan makan nasi kandar...mode:tenang.
..petang, entah kenapa kerja agak kurang..atau aku yang still blur tidak perasan kerja yang ada..blog hoping..mode: agak jeles tengok orang lain semua hepi.

Hanya UntukMU
...cabaran dan dugaan datang lagi dalam hidup seorang izah..kali ni dalam bentuk yang lebih berat dan memerlukan ketahanan mental tahap dua puluh dua..mode:blur..macam hidup dalam vakuum...aku sedar apa yang berlaku sekeliling, tapi seakan macam aku tak menyertakan diri...aku ada tapi seakan tiada...masalah itu membelenggu dan merangkumi setiap peratusan ruang fikiran..
..aku berfikir...menganalisa dan cuba menpositipkan diri..di kala akal negatif mengatakan aku manusia bodoh jika terus bertahan...bahagian otak positif kata ini adalah ujian, dan lakukan semuanya kerana Allah..
Ya..lakukan semuanya kerana Allah..dengan cara tu bila mana benda atau manusia tidak memberi impak yang diingini..tiada rasa hampa dan kecewa..kerana bila kita buat kerana Allah..untuk mengharap keredhaan Allah...kita tahu yang Allah Maha Mengetahui, Mengasihani...tidak perlu bersedih lagi..bukankah keredhaan Allah itu lebih lazat...ini kesimpulan akal positifku untuk tika ini...

Tuesday, January 11, 2011
Aiseyy...Dah 11 hari dah ke?
...2011 telah 11 hari berlalu...azam nak lebih bersemangat bekerja macam dah tak jadik..huhuhu..yerla semalam dah amik cuti dah...alasan? antar mak pi sepital utk cek darah..itu alasan konon2 jer..yang lebih ikhlasnya ialah malas nak masuk kerja...boleh?...oklah azam tu memang tak bleh letak dalam list..ermm...bila tengok cuti banyak jer mulalah start rajin nak mengabihkannya...maklumlah awal taun..dan tahun ni lak dah genap 5 taun..going 6 years..so cuti dah tambah...3 hari jer pon..tapi cukupla untuk aku gunakan bila mood malas nak pi kerja datang...yer..aku selalu mintak cuti bila malas nak pi kerja pagi2 tu..rasa nak sambung tidur terus sms boss cakap aku cuti...penyalahgunaan EL lah tu..EL for emergency leave..apa kesnya emergency kalau camtu...
taun ni dah masuk 30 taun..ayya..sudah abis usia 20-an..perasaan?..mula tu rasa sedih gakla yerla dah berlalu zaman muda dan tahap kesuburan semakin menurun,..tapi rasa excited juga ada..menjadi wanita 30-an...seharusnya aku lebih matang kan..eceh2..hahahaha..matang sangattttt....
...reminder untuk aku tahun 2011 ini...kena ingat kerja itu ibadah..so waktu kerja kena lebih dipenuhi dengan aktiviti2 kerja yang telah diamanahkan...kena kurangkan berangan..surfing..nyembang...supaya rezeki lebih berkat..dan pandai2 lah kerja lebih waktu untuk cover2 waktu kerja yang tak digunakan di jalan yang betul tu..huhuhu...& meniti usia 30-an..perlu lebih menjaga penampilan dan kesihatan..cantik untuk suami dan diri sendiri untuk keyakinan diri...cantik luar dan dalam yerr....

Subscribe to:
Posts (Atom)