Tuesday, February 22, 2011

Hanya UntukMU

...cabaran dan dugaan datang lagi dalam hidup seorang izah..kali ni dalam bentuk yang lebih berat dan memerlukan ketahanan mental tahap dua puluh dua..mode:blur..macam hidup dalam vakuum...aku sedar apa yang berlaku sekeliling, tapi seakan macam aku tak menyertakan diri...aku ada tapi seakan tiada...masalah itu membelenggu dan merangkumi setiap peratusan ruang fikiran..

..aku berfikir...menganalisa dan cuba menpositipkan diri..di kala akal negatif mengatakan aku manusia bodoh jika terus bertahan...bahagian otak positif kata ini adalah ujian, dan lakukan semuanya kerana Allah..

Ya..lakukan semuanya kerana Allah..dengan cara tu bila mana benda atau manusia tidak memberi impak yang diingini..tiada rasa hampa dan kecewa..kerana bila kita buat kerana Allah..untuk mengharap keredhaan Allah...kita tahu yang Allah Maha Mengetahui, Mengasihani...tidak perlu bersedih lagi..bukankah keredhaan Allah itu lebih lazat...ini kesimpulan akal positifku untuk tika ini...

No comments: