...ada satu drama bersiri Korean yang aku ikuti sekarang..tajuknya Hwang-Jini..berkisar tahun 1560 an lebih kurang..lama giler ar ni..kira dalam satu abad dengan kejatuhan Melaka( huhuhu..bab sejarah tu)....
..menarik sangat cerita ni bagi aku...sejarah seorang perempuan bernama Hwang-Jini dalam negara Korea...dia seorang gisaeng( dalam zaman kini dipanggil perempuan simpanan, GRO, call girl..kira seangkatan dengannya)...gisaeng ni kiranya dalam lowest ranking punya kasta..sama tahap dengan hamba...mereka adalah wanita penghibur lelaki2 berpangkat..menari, berpuisi, main alat muzik, teman jalan2...dan sampai ar ke bilik tidur..diaorang ni biasanya ada sugar daddy yang menajalah...
..Hwang-jini ni adalah seorang anak luar nikah ibunya, seorang gisaeng gak dengan seorang pegawai nih..so secara automatiknya dia ni jadik seorang gisaeng gak....dia dihantar ke akademi gisaeng( fuhh...ade akademi tu) di mana dia diajar serba serbi seni...& mengikut sejarahnya Jini adalah yang terbaik dari segi kemahiran seni tari, puisi dan juga alat muzik, dia juga sangat lawa lagi jelita, ayu dan bijaksana....arakian, ade sorang mamat dari kaum bangsawan ni jatuh hati pada Jini pada awal2 Jini start training....as another cinta2 derajat lah ni...last2 mamat ni mati...dek kerna sakit putus cinta...Jini pun terus tekad dan menekad yang dia takkan jatuh cinta lagi...dia sumpah dia akan buat semua bangsawan dok gila kat dia& then dia akan kecewakan.....
..Masa berganti masa..( kalau dalam cita dia just tulis 4 years later)....Jini berjaya seorang gisaeng terbilang..nak tempah dia semalam harga sebijik rumah time tuh...gisaeng yang dok derajat tinggi boleh pilih dia nak layan ke dak jemputan2 para bangsawan ni...semua dok gila bayang ar kat Jini....pada era ini kira mostly of the noblemen was corrupt...tang2 tu datang sorang hero...jadi menteri yang paling muda..dia ni jer tak corrupt....dia pun kiranya jatuh hati gak kat budak Jini ni atau nama gisaengnya,Meongwol....so adakah cintanya akan berbalas?adakah Jini akan melupakan sumpahnya...kira tengah ongoing ar citer ni..di Siaran 303 astro,KBS World, pukul 10.10pm Isnin-Jumaat...ulangan hari sabtu start 8.50 am..back to back..
..aku pun dok google kat en wikipedia...kisah gisaeng ni...kiranya diaorang ni diumpamakan seperti cendiakawan di dalam tubuh wanita murahan....gisaeng ni tak boleh dikahwini..kalau ada orang nak pun boleh dijadikan gundik, tetapi perlu membayar harga yang tersangat mahal kepada kerajaan...yer betul kerajaan kerana mereka2 ini dibawah pentadbiran kerajaan, kiranya cam dayang istana kalau time kita dulu...anak keturunan gisaeng akan mewarisi peranan itu hingga ke akhir hayat dan ke generasi seterusnya andaikata ada anak,walau se educated mana pun gisaeng itu...
...apa yang boleh disimpulkan kat sini, masyarakat dunia tak kira lah di pelusuk mana, pada zaman dulu( walau kini pun still ada) meletakkan wanita sebagai masyarakat kelas bawahan, dijadikan bahan hiburan lelaki semata-mata, boleh diperlakukan sesuka hati, ditadbir sewenang2 nyer...walau hakikatnya, mereka yang membuat undang2 sebegitu rupa, dikandung dan dilahirkan oleh seorang wanita....
No comments:
Post a Comment