Tuesday, December 8, 2009

Antara Garisan...

...semalam menonton satu drama di astro prima..tajuknya Antara Garisan..lakonan Sharifah Amani dan NorKhiriah...citer ni agak menarik dan membawa mesej yang tersendiri..

..Norkhiriah membawa watak Ayu, seorang GRO yang terlalai dalam menjalani kehidupan, dia menjaga adik sepupunya, Wirda lakonan Sharifah Amani yang kematian ibubapa sejak kecil...dengan duit hasil duit kerja GROnya...Si Wirda seorang anak gadis naif dan alim..sangat kontras kehidupan mereka berdua...

..alkisah..ade watak syaitan yang ditonjolkan....dok bisik kat telinga sorang ustaz muda yang baru sampai ke kampung tu...berjihad untuk membanteras kemungkaran tapi dengan cara membuta tuli...yakni pi serang kat umah orang terus halau dari kampung...pastu siap belasah tanpa usul periksa...si Wirda, atas nama tak nak subahat atas urusan maksiat, turut sama terlibat dalam urusan nak halau si kakak sepupunya yang telah bertungkus lumus jaga dia selama ini...dia kata dia tak nak lagi duit haram tuh....akak sepupu ni lak dah terlanjur dgn pakwenya..mengandung lak....lagila si Wirda ni rasa geram dan marah sangat....nasib baik ada pak imam yang selamatkan Ayu dari terus dibelasah..

..apa yang menarik, si Wirda dan ustaz yang berilmu ini telah diperdaya oleh syaitan supaya duduk serumah..kononnya nak pelihara si Wirda dari sarang maksiat...last2 diaorang ni termakan hasutan syaitan nih dan berzina...si kak Ayu atas bimbingan pak imam dan famili lak berjaya bertaubat dan pakwenya datang untuk bertanggungjawab.....

..so sekejap je diaorang dah bertukar tempat..si GRO telah bertaubat nasuha dan si alim pulak telah hanyut termakan hasutan syaitan...kerana baik dan buruk tu ada satu garisan jer yang memisahkan..kadang2 kita tak sedar kita dah langkah masuk ke garisan yang belah sana dengan sekelip mata...so, kesimpulannya, siapalah kita manusia yang serba kurang ini untuk menilai manusia lain yang pada pandangan kita jahat or tak baik..hanya Allah yang tahu pengakhiran kita hidup di dunia ini...moga2 kita sentiasa ada di belah yang benar...kalau kita lihat rakan yang nampak hanyut, nasihatkan ke arah yang baik bukannya terus menilai dan menjauhkan diri atau terus menghukum....

4 comments:

Anonymous said...

i also watched dat drama but not till d end when ustaz hanyut with wirda... agreed wit u...sometimes org yg nmpk berbuat dosa depan mata kita dilabel jahat, but actually bila pk, ntah2 kita ni yg nmpk buat pahala, lebih byk dosa drpd dia..hanya Tuhan yg bole menilai...

izzah said...

haah..betul3x...kalau buat baik, tapi tak diterima sebab ada unsur riak, nak mnunjuk baik or tak ikhlas..tak dapat apa juga..

kuizikel said...

macam best je citer ni kan..lama tak layan astro. layan internet jek..hoho..

tu lah, takut gak jadi camtu. seboleh-boleh nak elak dari pandang rendah kat orang, cuba doakan orang tu bila tak daya nak berdakwah.. moga-moga kita sentiasa berada di jalan yang lurus...

izzah said...

amin...