Monday, December 7, 2009

Kantoi..

....bagi aku memang tak salah seorang lelaki atau wanita yang sudah berkahwin berkawan dengan wanita atau lelaki lain atas sebab kawan semata-mata yakni, kawan opis, kawan sekolah or kawan urusan kerja etc...TETAPI perlulah ada batasan yang sangat jelas. Yakni, tiada urusan kasih sayang atau urusan hati di antara keduanya..bila sudah timbul perasaan ini, hubungan kawan itu sudah menyimpang dari niat asal dan perlulah dijauhkan segera sebelum parah...perlu jauhkan diri sejarak mungkin dan lupakan segala perasaan yang timbul....ini kalau memang niat asal nak berkawan jerla..tapi kalau niat asal suda lain..itu tak mau komen di sini.



...so baru2 ini ade sorang office mate telah kantoi dengan aku di satu restoren makanan segera, makan berdua-dua an sahaja...opis mate ini seorang lelaki yang sudah berkahwin...si wanita nampak muda lagi...aku bukan nak ulas pasal apa yang telah opis mate ni buat..aku memang tak suka campur hal orang ni...aku pon bukan tahu perkara sebenar kan...apa hubungan mereka....sejauh manakah...etc..

..apa yang aku nak citer kat sini ialah pasal hubungan kawan antara lelaki/pompuan yg sudah berkahwin..perlu ada batasan...yakni, tak bolehlah kau nak keluar berdua pi makan2....kalau kawan2 opis..selalu kita akan keluar makan ramai2....tak bolehlah kau nak call dia kat rumah tanpa sebab yang super urgent..fikirkan perasaan pasangannya..banyak benda yang kena elakkan, selain jaga hati pasangan, ini juga untuk elakkan gosip2 liar, fitnah dan juga untuk elakkan perasaan/ nafsu menjadi nakal( ayat tak hengat)....

so..contoh kes kantoi yang aku ceritakan kat atas tu.,..kalau aku sejenis batu yang juga berapi, atau cik minah suka jaga kain orang...nescaya terhebahlah satu company kesah kantoi itu..oleh kerana aku malas nak tambah dosa bawak cerita yang aku pun tak sure hujung pangkal, baik aku buat donno jer....tapi yang ingin dihighlightkan di sini betapa benda2 macam ni sangat dekat dengan fitnah...

2 comments:

kuizikel said...

eh penah dengo lagu kantoi? slalu kat x-fm ada la pasang... best woo..

eh mcm dah lari topik..hehe...

izzah said...

ada ek?..tak pernah dengar lagi..sama topik, tapi lain kes..huhu