Monday, December 14, 2009

Akai Tadak

..kali ini nak sentuh satu isu yang serius sikit...baru2 ni aku ada terima email pasal kekejaman terhadap kaum wanita di Pakistan...kisah wanita2 ini yang disimbah asid oleh lelaki samaada, suami,ayah, saudara,jiran, kawan atau bakal suami...atas sebab2 yang tak masuk akal..banyaknya kes pinangan ditolak, pergaduhan antara keluarga, ayah yang tak suka anak perempuan...mereka2 ini disimbah asid dan akibatnya..masa depan terus musnah...dan yang paling mengharukan, lelaki2 ini dibebaskan begitu saja atau tidak diambil sebarang tindakan..sebab mereka lelaki..polis2 pon tak buat apa2 sebab polis pon lelaki dan bila ditanya mereka akan cakap ini isu keluarga..isu pihak kampung...kiranya adat kampung dianggap macam undang2 dan boleh buat suka hati...

..di saat2 hak2 wanita ditegakkan oleh mereka2 yang bukan beragama islam, alangkah sedihnya bila mana, orang islam sendiri yang agamanya menuntut kebajikan wanita..membuat tindakan seperti ini..menindas sewenang-wenangnya...aku ada terbaca, kalau wanita dirogol atas sebab nak selesaikan masalah keluarga...tiada tindakan diambil pada si pelaku, bila dah kawin, wanita2 ini macam dah "terjual" dan langsung tidak boleh keluar rumah, hak untuk bersuara apatah lagi...

..sangat sedih..bukankah wanita itu sangat tinggi martabatnya di dalam islam, syurga seorang lelaki itu pada wanita, yakni ibunya..sampai bila2....bahkan banyak hadith Nabi SAW yang menghighlightkan kebajikan wanita...hatta, anak perempuan harus di dahulukan bila ibubapanya membawa balik hadiah...sunat menggembirakan hati anak perempuan..dan banyak lagi keistimewaan wanita disisi islam..semua ini atas dasar untuk menukar persepsi orang2 jahiliah ketika itu betapa hak2 wanita perlu dijaga..dan mereka bukan masyarakat kelas bawahan yang boleh ditindas sesuka hati...dan pesanan2 ini juga untuk umat islam sejagat hingga ke akhir zaman....

...apa yang pasti, adat resam mereka yang melakukan kekejaman ini masih kuat pengaruhnya berbanding nilai2 islam dalam kehidupan mereka..mereka mungkin rasa puas bilamana wanita yang menolak pinangan mereka, menjadi seorang yang langsung tiada rupa...jika dia tak dapat,biar semua orang tak dapat..alangkah ceteknya dan rendahnya akal...memusnahkan hidup seseorang untuk selamanya..kerana rasa malu yang sebentar...hang ada akai dak?

..aku ingat nak tepek gambar..tapi takut ngeri sangat..sebab memang ngeri..hilang muka, hilang mata..semuanya seakan CAIR....hebatnya dugaan wanita2 ini...syukurlah kita berada di muka bumi yang bukannya selamat 100%, tetapi selamat untuk kita bergerak, bersuara dan bekerja..

2 comments:

Syuhada Kamal said...

penah gak dpt email camni..hemm..mmg kejam..islam sekadar pd nama je bukan amalan..huhu

izzah said...

yep..tergamak diaorang buat macam tu..sadis sangat..

..kita jauh lagi dari hak sama rata tu sebenarnya...