Tuesday, June 1, 2010

Penyesalan....

...menjadi manusia, kita tak lari dari rasa menyesal..selalu kita akan luahkan rasa seperti menyesal aku, baik secara langsung atau dalam hati...kadang2 apa yang kita sesalkan itu lahir dari rasa bersalah,baik kat diri sendiri or manusia lain..contoh menyesal tak belajar rajin2, or menyesal aku sakitkan hati mak etc..kira menyesal macam ni selalunya kesan dari hasil yang kita terima..bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah(camni kot eja)...

..tapi tak kurang juga akan rasa menyesal pada takdir, macam mengeluh pada qada dan qadar..selalu kita tak perasan benda ni..aku pun buat juga..macam kita tak dapat terima apa yang telah ditakdirkan...sejak akhir2 ni aku rasa aku semakin parah bab ni..mungkin amalan telah semakin kurang,..lalai so, hati semakin hanyut...astaghfirullah al azim...aku selalu menyesal pada apa yang telah disuratkan...kalaulah aku boleh patah balik masa, mesti aku tak jadi macam ni, hati aku berbisik...

...aku seakan lupa sebenarnya apa yang telah ditakdirkan itu, ajal maut jodoh pertemuan rezeki...semuanya ada hikmah tersembunyi..aku seakan lupa setiap kepayahan yang Tuhan bagi...ade kesenangan yang akan menyusul selepas itu, susah itu buat kita menghargai kesenangan kemudiannya...aku seakan lupa, kegagalan pada sesuatu, menjanjikan kita yang lebih baik kemudian hari, yang sesuai dan terbaik untuk kita...

...sekarang aku dah tulis apa yang bermain di minda aku..harapnya lepas ni aku akan cepat tersedar setiap kali rasa menyesal datang, aku boleh kuatkan hati &semangat untuk menghadapinya...kerana Allah telah menjanjikan something worth it after all this challenges..insyaAllah..... bukannya aku tak pernah ada pengalaman yang membuktikan kebenaran ini...so Izah...please be positive!

1 comment:

Anonymous said...

1) menyesal kerana "telah melakukan sesuatu yg salah" adalah baik
2) menyesal kerana "memilih jln yg sudah kita pilih dahulu dengan cara yg btul" adalah tidak baik. itu dh dikira menyalahkan takdir.
- kita tak perlu menyesal dlm situasi no.2 kerana setiap ketentuan-Nya tidak sia-sia. Ada sebab & ada hikmahnya.
- apa yg penting adalah 3 perkara:
a) hidup dengan apa yg kita ada
b) buat benda yg btul
c) buat yg terbaik

- as long as u buat 3 benda diatas, Insyaallah hidup anda akan tenang & bahagia.