..bekerja di finance department menjadikan aku selalu nampak duit banyak..duit company lah tapinya..duit masuk ari2 kadang sampai jutaan ringgit..duit duit duit..
..selain itu, nampak juga jumlah gaji orang lain yang ..amboiii banyaknya..ada yang mencecah hampir RM30k per month..seronok kah? mesti seronok kan di mata kasar aku ni..terus nanti kalau ada anak nak suruh anak ambil engineering and then marketing sekalik..sebab yang gaji gembak2 ni mereka2 inilah...kalau yang marketing tu, semua tanggung!..gaji tu kira bersih dah..kereta, rumah, petrol, telefon etc..semua company bayar..ish..ish..
..memang duit penting dalam dunia ni..teramat penting...tapi jangan sampai jadi hamba duit sudahlah..duit hanya berguna selagi kita hidup jer, dah mati..tak guna dah walau satu sen pun..masa tulah dok teringat masa hayat ada tak aku derma barang sesen dua dengan seikhlas mungkin tanpa ada rasa riak langsung dalam hati?
..bila hidup dengan manusia ni(macam sebelum ni hidup dgn ayam), baru kita tahu kesan duit ni...ke atas diri sendiri&sekeliling...sebab duit macam2 jenayah berlaku, macam2 tipu helah berlaku, macam2 jenis orang kita dapat tengok...kawan makan kawan, talam lapan belas muka, tikam-menikam, putar belit, rasuah etc..memang takkan abis masalah yang ditimbulkan dek duit nih...
..sepenting mana pun duit itu, jangan jadikannya ianya matlamat hakiki..kerana hidup kita ni bukannya kat sini jer..( ingatan tulus ikhlas terutamanya untuk aku sendiri)
No comments:
Post a Comment