...minggu lepas dapat tau satu berita yang menjelaskan kenapa aku dah 2 kali keguguran dan satu blighted ovum..hasil ujian darah confirmed yg aku ada antiphospilipid sindrom...keadaan auto imun badan yang songsang...maksudnya, badan aku sendiri yang menghalang kandungan berkembang dengan cara menyekat sumber-sumber protein etc dari sampai ke kandungan...how? automatik darah akan pekat dan apa nutrisi/darah tak boleh sampai ke kandungan...
..tak tahu nak cakap apa..ini ujian aku...bahagian aku dalam dunia ni...tapi ada chance untuk mengandung kalau ambil ubat-ubat yang disyorkan dokte sebelum/semasa/selepas pregnant tu...yang paling seriau aku dengar..dokte kata, semasa pregnant, untuk pastikan darah tu cair, kena CUCUK ubat tu hari2...selama aku mengandung...well, jika ini pengorbanan yang diperlukan, insyaallah, aku mahu cuba..dan kesan sampingan ubat ni bukan sikit..boleh menyebabkan hakisan tulang..dan ada 20-25% yang kandungan tu akan tetap gugur walau dah makan+cucuk segala ubat bagai...itu semua kuasa Allah..aku hanya pegang pada keyakinan ini...
..bila fikir2 balik..katakan aku tau benda ni dah lama..mungkin anak aku 2 orang dah sekarang...well, bukan rezeki........pasal anak ini semua kerja Allah..nothing is impossible bila Allah dah kata kun-fayakun...