Wednesday, October 20, 2010

Pengajaran Alam



The lesson of the porcupine

It was the coldest winter ever - many animals died because of the cold. The porcupines, realizing the situation, decided to group together. This way they covered and protected themselves; but the quills of each one wounded their closest companions even though they gave off heat to each other. After awhile they decided to distance themselves one from the other and they began to die, alone and frozen.So they had to make a choice: either accept the quills of their companions or disappear from the Earth. Wisely, they decided to go back to being together. This way they learned to live with the little wounds that were caused by the close relationship with their companion, but the most important part of it, was the heat that came from the others. This way they were able to survive.



Moral of the story:

The best relationship is not the one that brings together perfect people, but the best is when each individual learns to live with the imperfections of others and can admire the other person's good qualities...


..ni aku quote dari email boss aku fwd...bila difikirkan meman betullah la kan...Allah jadikan sekalian alam ni untuk peringatan dan pengajaran kepada manusia...fikir2kan & selamat beramal...

Tuesday, October 19, 2010

New Addictions...Sungkyunkwan Scandal:P




..ini cerita korea terbaru yang tengah ditayangkan di channel 391:KBS Isnin-Selasa, 9-10pm sekarang ni.....memang sangat best..sampai aku tak sabar2 nak tengok episod seterusnya lalu terus online carik lagi and lagi....DVD memang takde lagi sebab kat Korea pun still main kat tivi...apa nak jadikla aku ni...memang takleh stop tengok cerita korea..pas satu,satu..tabiat zaman moda2 yang takleh nak tinggal lagi..sib baik husband aku dah faham or malas nak cakap apa dah bila isteri ralit dok depan tivi or laptop tu tengok drama korea....sabo jerla agaknya...

..kisah ni zaman dolu2..era 1720 an gitu bila Seoul dipanggil Joseon lagi...gambar cerita ni cantik walaupun kisah zaman dulu, wardrobe yang dipilih menarik dengan latar belakang dan kualiti gambar yang sangat bagus...sangat seronok ditengok...selain dari para pelakon yang ensem(penting!) dan cantik..huhuhu...paling best, kesinambungan(ewah) cerita ni sangat mantap...jalan cerita yang tak mendatar so takde masa nak boring langsung.semuanya buat kita nak tengok, lagi dan lagi...hero and heroin lak giler tera buat ekspresi...tersentuh hati beb....

..kisahnya mengenai satu masa dulu di korea, wanita kebanyakan tak boleh belajar langsung yakni menulis,membaca etc. kaum lelaki jer boleh..Sungkyunkwan ni sebuah universiti..yang kalau tak salah aku still ada lagi di korea sampai sekarang...so alkisah, heroin cerita ni, dia ni pandai membaca and menulis sebab ayah dia seorang cikgu..so masa kecik, dia dah curik2 belajar masa ayah dia ajar adik lelaki dia...bila dah besar, ayah dia pun dah tiada lagi, adik lelaki dia sakit, so dia terpaksa ambik upah menyalin transkrip, buat esei, terjemahan etc untuk sara keluarga dan beli ubat adik dia...tapi untuk tujuan tu, dia terpaksa menyamar lelaki,sebab perempuan tak boleh buat semua tu..

..nak masuk uni Sungkyunkwan ni memang tough giler ar..ada ujian semua..dipendekkan cerita, si heroin ni( Yoon Shik), ambik upah jadi proxy untuk tolong ambik test untuk mereka yang tak layak tapi nak jugak masuk sekolah tu...kat sinilah dia jumpa dengan hero no.1, Soon Jin...seorang yang sangat skema, berprinsip dan anak PM..dia boleh jer masuk uni tu tanpa test tapi sebab dia ikut peraturan punya orang, dia ikut semua step yang perlu...bermula kisah mereka yang mana akhirnya si Yoon Shik ter admitted lak masuk uni tu tanpa rela pada mulanya dengan terus menyamar sebagai seorang lelaki yang mempunyai pretty-face...kat sekolah tu startla bermacam dugaan di mana dia seorang perempuan kena kongsi bilik dorm dengan hero no.1 dan hero no.2(Geon-Dul)..hahaha....kisah ni meliputi suka duga seorang boy-girl di kolej, kisah politik dan perbezaan taraf hidup masyarakat, kisah misteri kematian ayah Yoon Shik dan abang Geon Dul, kisah Red-Messenger( cam Robin-Hood) kisah persahabatan dan yang paling menyentuh perasaan kisah percintaan watak2 dalam cerita ni...semuanya digarap denga begitu baik sekali.....

..inilah sebab aku suka tengok cerita korea...dia punya feeling tu terasa menyentuh hati..kalau sedih tu kita dapat rasa hati kita sedih sekali, kalau gembira, kita pun boleh rasa gembira di hati...benda2 ni jarang sangat aku rasa bila tonton cerita lain..

Wednesday, October 13, 2010

Alahai..Chinta

..selalu petang2 balik kerja..layan tivi dulu la kan sebelom pi buat kerja umah..kat tivitiga tu sekarang ada citer Chinta yang Cik Fasha berlakon tu kan...tak tengok sangat citer ni..kadang2 jer layan kalau dah takde arah sangat(read:takde cerita lain), kalau layan pun dalam 15 minit gitu..semalam tengok babak di mana dia tengah bertengkar dengan pakwe lama dia tu..lupa lak nama jutawan belacan tu ha...tapi yang penting..si pakwe lama yang jahat ni buat ayat ajak kawin kononnya tak nak bergelumang dengan dosa zina...maka jawab si Chinta tu.."aku rela mati masuk neraka dari kawin dengan kau" wah, terus rasa something wrong dengan dialog tu...betullah dialog tu nak tunjuk betapa nyer dia bencikan pakwe jahat dia tu...tapi tak betullah penggunaan perkataan neraka di situ..siapalah tukang buat dialog tu..sila prihatin sikit la..takkan nak direct translation apa mat saleh selalu cakap dalam citer diaorang..ni yang selalu bosan tengok cite melayu ni la...nama je cite melayu...

Tuesday, September 21, 2010

Sarangnae:)



erm...hampir 2 bulan tak menulis...setiap kali tengok blog nak update, tapi tak ter update2...kesihatan kaki yang kureng memuaskan..bila kaki ni nampak ok sikit, mood jadi agak ok dan terus nak update..boleh camtu? hehehe...

he is beautiful..cerita korea terbaru dibeli sebelom raya...tersangatla best bagi aku..rasa jatuh cinta sekali lagi..hahaha..rasa macam budak remaja semula siap beli OST original gitu...lagu2 citer ni best..walaupun eden tak faham..melodinye perghh..best di halwa telinga den...

..heronya sangat ensem+pandai nyanyi sore best...mula2 tengok kat cover DVD nampak cam apehal muka hero cam cik pon ni..alih2 buka tengok DVD..macho gakla..isk..isk..saperla yang buat cover menkonfiuskan itu...

...sinopsis cerita yang ringkas...kisah heroin ni( Go Mi Nyu)..sorang rahib pelatih..dia ni,ada kembar seiras lelaki, GO Mi Nam..kembar ni dapat masuk group K-Pop(korea pop musik)paling fofular kat korea masa tu jadik ahli no-4...dan2 sebelum masuk group tu dia ni pi buat bedah kelopak mata(tk kasik sepet), pastu pembedahan tk berjaya..nak kena p US repair semula...so dia punya manager carikla si adik kembar dia ni soh menyamar jadik kembar lelaki dia ni utk sebulan ajer...so kisah bermula la bila kembar perempuan menyamar lelaki...dan ketua kumpulan tu( Tae Kyung) dapat tau dan start la kisah nak cover2, jatuh cinta, cinta 3 segi, 4 segi, kisah nak carik mak, kisah keluarga..macam2 lagi...aku bagi 5 bintang full utk cerita ni...

Tuesday, July 27, 2010

Nothing is Perfect

...kahwin?perkahwinan?nikah?..satu benda penting dalam hidup manusia..terutamanya bagi umat Islam..ikatan suci dua individu membina kehidupan bersama...adakah ianya semudah itu? semudah membina hidup bersama-sama..macam mari- kita- makan+tidur- sama2-nak?..hakikatnya tidak,sudah pasti..

..kahwin menuntut pengorbanan dua2 pihak untuk menjayakan keluarga tersebut..kadang2 pengorbanan yang diperlukan bukan sedikit..banyak..teramat banyak,dan dugaan perkahwinan akan datang silih berganti hingga ke akhirnya...so, macam mana kita tau kita ni bersedia nak kawin or tak? memang secara biasanya, kita akan rasa tak bersedia, bagi akula, tak siapa yang rasa bersedia nak kawin ni..just, bila jodoh tu tiba..automatik kita akan rasa nak hidup bersama si dia for the rest of our life..bersedia ke masa tu? still tak bersedia jugak...its like a gamble kata orang, tapi jika kita guna pendekatan yang baik, mengikut aturan agama, insyaallah jodoh kita tu yang terbaik buat kita...terbaik tak bermakna bagus sempurna serba serbi, tapi secocok dan terbaik untuk hidup dengan kita yang serba serba tak sempurna juga ni...

..bila kita lihat kehancuran rumahtangga, kepincangan..mesti kita rasa takut nak kawin..tapi sebanyak mana pun rumahtangga yang roboh di tengah jalan, semakin banyak bahtera rumahtangga dibina saban hari...so apa yang speselnya? well, bagi diri aku yang hampir 4 tahun berkahwin ni..its worth it...bila mana kau ada seseorang yang boleh diharapkan bila-bila masa sahaja..yang boleh dikongsi susah senang, segala masalah..yang ko takleh nak cerita kat famili or kawan2...yang jadi kawan baik ko, macam..boleh mintak tolong sapukan minyak kat kaki sebab sakit tengah-tengah malam buta, boleh minta belikan something on the way dia balik kerja walau benda tu sangat merepek, yang boleh ajak makan pukul 2 pagi sebab tiba-tiba lapar tak ingat, yang boleh tolong buatkan kerja rumah sebab ko pemalas(heheh), yang boleh layan ko nyanyi sumbang tak hengat dalam kete,yang boleh sabar tengok perangai ko yang kadang-kadang meroyan tak tentu pasal sebab benda-benda kecik, yang boleh tolong bawakan barang masa shopping, yang boleh tolong basuhkan barang2 berminyak lepas baking, yang boleh tengok muka busuk ko masa bangun pagi dan still cakap sayang kat ko, yang boleh tolong compromise bila ko nak tengok citer korea walhal member sedang layan bola, yang boleh makan apa saja yang ko masak...dan banyak lagi benda2 remeh temeh yang sebenarnya asam garam perkahwinan itu sendiri..

..perkahwinan itu membahagiakan jika mana kita tidak begitu meletakkan harapan sempurna...give and take adalah kunci untuk merasa redho seadanya..:)

Monday, July 19, 2010

Bestnya Banyak Duit...

..bekerja di finance department menjadikan aku selalu nampak duit banyak..duit company lah tapinya..duit masuk ari2 kadang sampai jutaan ringgit..duit duit duit..

..selain itu, nampak juga jumlah gaji orang lain yang ..amboiii banyaknya..ada yang mencecah hampir RM30k per month..seronok kah? mesti seronok kan di mata kasar aku ni..terus nanti kalau ada anak nak suruh anak ambil engineering and then marketing sekalik..sebab yang gaji gembak2 ni mereka2 inilah...kalau yang marketing tu, semua tanggung!..gaji tu kira bersih dah..kereta, rumah, petrol, telefon etc..semua company bayar..ish..ish..

..memang duit penting dalam dunia ni..teramat penting...tapi jangan sampai jadi hamba duit sudahlah..duit hanya berguna selagi kita hidup jer, dah mati..tak guna dah walau satu sen pun..masa tulah dok teringat masa hayat ada tak aku derma barang sesen dua dengan seikhlas mungkin tanpa ada rasa riak langsung dalam hati?

..bila hidup dengan manusia ni(macam sebelum ni hidup dgn ayam), baru kita tahu kesan duit ni...ke atas diri sendiri&sekeliling...sebab duit macam2 jenayah berlaku, macam2 tipu helah berlaku, macam2 jenis orang kita dapat tengok...kawan makan kawan, talam lapan belas muka, tikam-menikam, putar belit, rasuah etc..memang takkan abis masalah yang ditimbulkan dek duit nih...

..sepenting mana pun duit itu, jangan jadikannya ianya matlamat hakiki..kerana hidup kita ni bukannya kat sini jer..( ingatan tulus ikhlas terutamanya untuk aku sendiri)

Wednesday, July 14, 2010

Cuti-Cuti Malaysia Sabah

...last week berpeluang melawat ke negeri di bawah bayu, Sabah...first time untuk kami berdua..and first time juga untuk en omar naik belon..hahaha..sedikit jakun di situ...sebenarnya percutian ni sempena birthday en omar aritu..so kira ni hadiah birthday la...walaupun aku join sekali..bagus tak? bagai mencampak batu ke 2 ekor burung( hahaha kedengaran menyampah bila peribahasa mat saleh dimelayukan)

..percutian ini kira kategori bajet..biasalah, kitaorang bukan orang berada-berada, rakyat marhain kategori sederhana paling bawah dalam piramid..hahahaha...so percutian dalam malaysia naik belon dah cukup bagus dah bagi kami ni...so booking flight AA awal dalam bulan May, dalam lah all in RM326 untuk 2 orang pergi-balik...kira murah ar tu aku rasa...tapi kurang seronok sedikit kerana kakiku bengkak kena jangkitan kuman syaitonnn..tapi sebab dah booking semua..terpaksala gi jugak..

..kami ke kl dengan menaiki kereta kelisa-turbo( up sikit) milik kami selasa malam selepas isya'..so kami sampai kl dalam pukul 1 lebih pagi gitu..apa kita nak buat ni?..so try2 tidur(dalam kete kat petronas) tak leh tido, kami pun meneruskan agenda cari mamak nak tengok bola..dapat idea nak tengok bola kat putrajaya..setelah bagai nak rak carik kedai mamak..sambil round2 tengok bandar putrajaya di pagi2 buta..akhirnya jumpa mamak...wahhh happening gile...siap ada usherer lagi tunjuk meja nak duduk, kami sampai agak awal, so dapat port best..masa ni Belanda lwn Uruguay..aku sokong Uruguay,...sebab tak minat Belanda:)


..pehtu, rasa cam malas dah nak tengok 2nd half sebab en omar sudah mengantuk..jom ar pi lcct terus...tidur kat sana jer kata en omar..terus gerak...carik parking & en omar dengan rasa ada-aku-kisah terus nak tidur dalam kereta...siap ada pak guard/polis bantuan kot ketuk2 cermin kete ...tanya 'dah kawin?'..kat kami..selamba jer kitaorang jawab "dah"...abis cerita..terus en omar tidur..aku lak kebosanan malas nak tidur &tak ngantuk..maybe sebab aku dah membuta dari kontan sampai kl..hehehe...

..pendekkan cerita..siap2 mandi solat seme..masa tunggu flight..punyala lama tunggu sebab kul 10.30 nyer flight...sampai sabah kul 1pm..tunggu kereta sewa sampai dalam setengah jam..kami sewa kereta myvi untuk RM160 sampai jumaat kul 11 pagi...so dengan confident tak ingat&berbekalkan peta beli kat kedai buku dan rupanya tidaklah membantu sangat pon..kami bertolak dari airport ke hotel...pusing2 roundabout( yang maha banyak kat KK)..tak jumpa pon...tanya org,..barula tau peta kami peta yang agak lama..so tak update kawasan baru yang ada hotel tune itu..ok, so sampai hotel..kami check in di budget hotel..tune hotel dengan harga RM148 untuk 2 malam( inc TV&aircond)..alat2 mandi& tuala sendiri punya..

..rehat2 dan keluar semula untuk round2 kawasan sekitar..kami pergi ke tasik tanjung likas...cantik jugakla..bersih..untuk makan tengahari+petang sekali..(sebab dah kul 4 lebey)..makanan yang 1st time tengok&makan, nasi lalap, cam nasik planta+ayam goreng+smabal..org2 kat sini memang makan nasik ngan sup...so adik tu say sorry sebab takde sup..padahal apahal lah sangat sup tu kan...

pastu pi klinik..ha pi klinik? yer kaki semalin memerah dan membengkak..guane nak naik gunung kinabalu sok ni(kunun!)..so carik klinik, pusing2 punya pusing..dpt pulak time balik kerja(hari rabu ni)..so agak lambat la pergerakan kereta..akhirnya jumpa la klinik di inanam...takde lak ING...so terbang ar duit lagi..isk..isk...

..malam lak..kami pergi ke jefferson..jeti tepi laut nih..wah sangat romantika di amour suasananya..makan tepi jeti..dengan angin laut..minum pulak air tembikai gelas besar straw 2..heaven!..kah kah kah....makan wantan mee seafood..menu ni tiada di kedai makan biasa di kuantan..tapi ini menu biasa di sabah...sedap wehh....

...pastu balik hotel..siap sedia untuk tgk german main semi final pagi nanti..hehehe..tilam amat empuk kata en omar tapi sayang bendera jepon lak berkibar..oppss...waka waka..eh eh...esok pagi, aku sempat bukak sikit je mata nampak klose pastu tak sempat tengok apa dah..terus lelap sampai pagi..lupa nak set jam awal ikut waktu subuh sabah..so tetap en omar subuh 6 lebey macam kat semenanjung..padahal matahari terang benderang dah kat luar..isk..isk..bangun tido sangat frust sebab germany kalah...waaa..tak nak dah tengok WC( ada mereka kisah?)..ehhehe..


...siap sedia untuk memulakan hari kedua di sabah dengan kaki bengkak..tapi gagahi jua..setart dengan makan pagi di warung tepi jalan sebelum sampai kundasang, makan soto konon( sebab macam meehoon sup jer)...pastu lalu kundasang..sejuk tempat ni..tapi tak singgah..tengok banyak sayur mayur dijual..sangat segar, murah&banyak...tapi tak beli..nak buat per...so sampai la ke ranau..taman kinabalu di kaki gunug kinabalu...so naik la bukit ala2 nak naik cameron..udara sangat segar, best, fresh..macam dalam aircond semulajadi..sangat best...rasa tak nak balik..ambik2 gambar di pondok meninjau..di disini jugakla tempat org nak start daki...ramai gakla pendaki...next time aku rasa nak try la..macam best jerr...

...so taman kinabalu adalah sangat santek di sekelling kaki gunung tu la...pas pose2 di situ, kami gerak ke air panas poring...berdekatan jugakla...rendam2 kaki di kolam air panas semulajadi yang telah dikomersilkan....pastu masa untuk pulang...hari dah nak ujan..hahaha..singgah kundasang, beli sikit2..pastu terus ke bandar KK..ke pasar kraftangan & pasar filipina...wah di sini dengan jayanya menghabiskan wang...kat sini biasala..banyak barangan mutiara, kraftangan& kuih cincin sebagai cenderahati....

...malam makan dengan abang aku (mak lain) & famili makan di seafood restauran...sangat marvelesss...segar& sedap ....chinese restauran yang halal di KK...sembang2..pastu ikut singgah jap rumah diaorang di inanam baru...sekejap jerla sebab kami dari pagi tadi tak balik2 lagi de....dah berlengas tak hengatt....

..esoknya, jumaat suda bah...masa untuk pulang...singgah sebentar di pantai tanjung aru( sebelah airport jer)...santek pantai ni...makan breakfast...dan masa untuk balik belon ke semenanjung....hehehe..sampai dalam pukul 3pm sebab agak delay flight...terus pi makan lunch..bayar parking RM105( ngehehe..1st time)...dan kami pon pulang..(nada hujan-rintik2-air-gelombang)..

P/S:gambar akan di upload later...hehehe:)